Berubah.

294 7 0
                                    

Manusia dan sandiwara terpisah tiada,
Seringkali berlakon demi memuaskan semua,
Tukar identiti,
Tukar cara,
Hanya untuk orang mereka.

Mereka gembira melihat aku,
Berlakon demi meraka,
Jasad sahaja minda bukan aku,
Sudah umpama boneka,
Yang mengikut rentak tali kecapi dari raksa.

Aku terpaksa bersandiwara,
Kerna mahu jadi sebahagian mereka,
Sampai ku sanggup tipu diri sendiri juga mereka.

Maafkan aku,
Aku dah tak tahan.

Aku mahu aku yang lama,
Aku dah tak mampu bersandiwara.

Makin lama ku bersandiwara,
Makin aku jadi bahan untuk bercanda.

Jika kau tak mampu terima aku seadanya,
Tinggalkan sahaja aku.

Jika kau tiada waktu aku susah,
Jangan hadir tika ku gembira.

-Zul-

Bicara Orang GilaWhere stories live. Discover now