Aku bukan boneka yang kau cipta
Bukan juga sesuatu yang boleh kau kawal begitu sahaja
Cuma aku ini punya hati dan perasaan
Di dalam jasad kosong inilah semua diletakkan
Emas intan permata bukan harga aku
Fiksyen itu dunia aku
Guna imaginasi kawal kreatviti juga emosi diri
Hujan persoalan kian lebat mencurah membasahi setiap ruang minda ini
Ingin sekali ku bertanya pada kalian
Jika seperti boneka kau diperlakukan
Kau akan berdiam diri atau melawan?
Lalu ku membawa diri ke alam sendiri
Membawa bersama buku persoalan yang tersimpan rapi
Nak ku tahu semua jawapan kepada soalan dunia
Orientasi diri kepada permasalahan dunia
Payah sekali ingin ku terima hakikat
Qada manusia mati walau dalam masa terdekat
Rosak dunia mati hati kau lihat segala maksiat
Semua bebas lakukan dosa dan tiada rasa ingin bertaubat
Tetapi aku tiada mampu menegur
Umat manusia kerana aku juga sang pendosa tegar yang hampir gugur
Veto pemimpin yang tiada tanggungjawab luhur
Warkah orang terdahulu jaga negara dia abaikan
Xilofaj memamah kayu tetapi dia memamah rakyat kesusahan
Yuda antara rakyat dan pemimpin zalim harus di mulakan
Zaman kejatuhan umat harus kita tamatkan .