Keesokkan harinya...
Semua peserta lawatan berkumpul di hadapan sekolah. Cikgu Baek yang menjadi cikgu pengiring mereka mula mengira jumlah pelajar. Setelah selesai,mereka semua menaiki bas dan bertolak ke karnival.
Dalam bas...
Jungkook duduk bersama Jimin. Taehyung dengan Jin. Naeun dengan Hayoung. Hoseok,Yoongi dan Namjoon duduk di belakang sekali.
Tiba-tiba Jungkook rasa semacam. Tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan berlaku. Jungkook memegang kerusi hadapan. Cuba mengurangkan rasa resah tersebut namun jarinya terluka terkena sesuatu yang tajam.
"Aww!" Jungkook menghisap jarinya. Jimin menoleh.
"Kau okay Kookie?" Soal Jimin. Jungkook mengangguk sahaja walaupun terasa pelik.
Pemandu bas mereka memasang lagu. Bosan la senyap aje. Tiba-tiba lagu 'Just One Day' kedengaran. Part Jungkook nyanyi. Tapi nyanyian tu tersekat-sekat. Macam radio rosak.
Jungkook semakin pelik. Dia memandang rakan-rakannya yang lain. Mereka bergurau senda seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pelajar lain pun. Dia seorang aje yang perasan tentang lagu tu.
Sedar tak sedar,mereka akhirnya tiba di karnival.
Memang banyak benda aneh yang dipamerkan di sana. Topeng,patung dan macam-macam lagi. BTS,Naeun dan Hayoung berjalan bersama-sama. Mereka tiba di booth yang paling hujung.
Jimin berjalan bersendirian menuju ke rak yang agak jauh dari rakan-rakannya. Matanya tiba-tiba ternampak sesuatu. Patung kecil berwarna putih itu dipandang dengan penuh minat.
"Adik suka patung tu?" Soal seseorang. Jimin menoleh. Seorang wanita muda sedang memandangnya sambil tersenyum. Pakaian wanita itu serba hitam. Rambutnya panjang menutupi separuh wajahnya.
"Ha'ah. Saya suka sangat."
"Kalau adik suka. Ambillah. Noona bagi." Kata wanita itu.
"Wah! Jinja? Gomawo noona." Jimin gembira.
"Tapi adik kena janji dengan noona."
"Janji apa?" Jimin tak kisah. Janji dia dapat patung tu.
"Janji dengan noona jangan bagitau sape-sape yang noona bagi patung ni kat adik. Jaga patung ni baik-baik. Okay?" Kata wanita itu.
"Nae arasso."
"Kejap noona letak patung tu dalam kotak."
Wanita itu menyerahkan kotak berisi patung itu kepada Jimin.
"Terima kasih noona."
"Jimin! Jom!" Panggil Jungkook dari jauh. Jimin segera menyimpan kotak tersebut ke dalam begnya sebelum mengikut yang lain.
BERSAMBUNG
TBC-Sori kalau typo