Namjoon,Jin,Taehyung,Kookie dan Jimin berasa sedih dengan kehilangan dua rakan mereka. Kenapa semua ini terjadi???
*****
Pulang dari sekolah.
Mereka semua senyap sahaja. Melayan perasaan sendiri.
"Eotteoke? Mesti ARMY akan bertanya tentang kematian Hoseok dengan Yoongi." Kata Namjoon.
"Cuba kau pergi tengok kat fanpage BTS. Mesti ada komen-komen daripada ARMY." kata Taehyung pula.
"Nanti-nanti la buat yang tu. Sekarang pergi mandi dulu. Nanti aku siapkan makanan." Kata Jin pula. Mereka semua beredar ke bilik masing-masing.
*****
Di bilik Namjoon dan Jungkook.
Jungkook berbaring di atas katil. Namjoon sedang mandi. Sambil menunggu,dia memejamkan matanya. Cuba menenangkan dirinya.
"Kookie! Kau tolong caskan handphone aku kejap. Gomawo!" Laung Namjoon dari dalam bilik air.
"Nae!" Jungkook mencapai telefon bimbit Namjoon serta pengecas.
Setelah selesai mengecas, Jungkook kembali semula ke katil lalu merebahkan badan. Tiba-tiba....
'Korang jangan fikir korang selamat....nyawa korang akan aku cabut satu persatu......hahaha.....' terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Jungkook. Jungkook terkejut lantas bangun. Menoleh ke kiri dan kanan.
"Siapa tu?!" Soal Jungkook dengan kalut.
"Siapa apa kau ni Kookie? Kau bercakap dengan siapa?" Soal Namjoon yang baru selesai mandi sambil mengelap rambutnya yang basah. Jungkook terdiam.
Tiba-tiba,Jungkook ternampak air dari bilik air mula mengalir perlahan-lahan menuju ke wayar pengecas telefon Namjoon. Tempat mengecas tu dekat dengan bilik air dan wayarnya panjang jadi wayar tu berjuraian atas lantai. Namjoon masih tidak sedar tentang itu.
"Namjoon! Ja~" belum sempat Jungkook menghabiskan ayat, kaki Namjoon terpijak wayar.
BZZZZZ!!!!
Namjoon terus terbaring di atas lantai. Tubuhnya kejung.
"Namjoon!!" Jungkook terus menerpa Namjoon namun dia tidak berani menyentuhnya. Yela..tak pasal-pasal nanti dia terkena renjatan sekali!
"Namjoon!!!! Jebal!! Ireona!!! Yah Namjoon!!!!!" Jerit Jungkook.
PAK!!
Bahu Jungkook ditepuk tiba-tiba. Jungkook menoleh dan terkejut.
"Kau dah kenapa Kookie? Terjerit-jerit macam orang gila?" Soal Namjoon sambil memandang Jungkook dengan pelik. Tangannya laju mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.
"Tapi kau....tadi...." ayat Jungkook tersekat.
"Aku...apa?"
"Tadi kau suruh aku cas handphone kau. Aku pun buat la. Lepas tu kau buka pintu bilik air,aku ternampak air mengalir pergi wayar cas tu. Kau tak perasan dan kau terpijak wayar tu. Kau kena renjatan elektrik." Kata Jungkook panjang lebar.
"Apa yang kau merepek ni? Bila masa aku suruh kau cas handphone aku? Handphone aku bateri penuh lagi la."
"Betul...aku tak tipu! Tu...aku cas kat..." Jungkook menunjuk tempat dia mengecas,namun terhenti seketika. Eh???
"Apa dia? Mana ada pun? Kau ni tertekan sangat ni. Dah,kau pergi mandi. Aku nak pergi tengok fanpage ARMY."
Jungkook tersentap. Apa? Tapi memang tadi Namjoon! Dan dia memang dah cas handphone Namjoon...dan suara tu! Suara siapa?!
*****
Namjoon membawa komputer ribanya menuju ke ruang makan di dapur. Itu tempat favorit dia kalau nak melayari internet. Yela. Dekat dengan dapur. Kalau nak makan atau minum,senang. Member yang lain masih dalam bilik la tu!
Namjoon memasang charger laptop. Laptop di'on'. Sambil tu,secawan kopi diletakkan di sebelah.
"Namjoon!" Namjoon menoleh setelah terdengar namanya dipanggil.
"Nae?"
"Tolong aku kejap!" Kata suara itu lagi. Macam suara Taehyung? Namjoon pun meninggalkan ruang makan,mencari suara tersebut.
Tiba-tiba cawan kopi terjatuh sendiri. Melimpah mengenai wayar charger laptop.
Namjoon kembali semula ke ruang makan. Pelik.
"Tadi memang aku ada dengar nama aku dipanggil. Ah! Lantak la!" Namjoon masih tidak sedar tentang wayar yang sudah dibasahi dengan air kopi itu. Cawan kopi terletak elok seperti biasa. Namjoon terpijak wayar tersebut lalu terkena renjatan elektrik. Tubuhnya jatuh ke lantai.
*****
Jimin,Taehyung dan Jin turun ke ruang tamu sambil membawa kerja sekolah mereka. Jungkook juga turut menyertai mereka.
"Mana Namjoon?" Soal Jimin.
"Masih dengan laptop dia la tu." Balas Jin.
Beberapa minit kemudian...
"Aku nak ke dapur. Haus. Korang nak air tak?" Soal Jimin sambil memandang mereka.
"Boleh juga. Gomawo." Balas Taehyung.
Jimin berjalan melintasi ruang makan menuju ke dapur. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu. Mata Jimin terbeliak. Itu...itu....
"Namjoon!!!!" Jimin menjerit dengan kuat.
"Jin!! Taehyung!! Kookie!!!!" Jimin memanggil yang lain. Jeritan Jimin mengejutkan mereka bertiga.
"Kenapa Jim....omo!" Jin juga terkejut.
Jungkook jatuh terduduk melihat tubuh kaku Namjoon itu. Dia menggigil. Terkejut pastinya. Kerana apa yang dia bayang di bilik itu menjadi kenyataan.
**SKIP**
**********
Kematian Namjoon mula menimbulkan tanda tanya. Kenapa Hoseok,Yoongi dan Namjoon kehilangan nyawa mereka? Apa sebenarnya yang berlaku?
Jimin kelihatan resah. Adakah semua ini berpunca daripada patung voodoo tersebut? Jungkook ternampak riak wajah Jimin.
'Dia tahu apa-apa ke?' Jungkook bertekad untuk mencari kebenaran...
BERSAMBUNG
-Sori kalau typo.