Hoseok masuk ke dalam stor sukan. Mencari-cari bola keranjang yang diminta oleh Cikgu Kim. Tapi bola dalam stor sukan tu semuanya dah kempis.
"Aik? Takkan la semua kempis? Pelik. Omo. Bola yang ada angin semuanya kat atas tu. Hadoi..." Hoseok mengambil bangku kecil di sebelahnya. Tangannya cuba mengambil bola di dalam rak yang tinggi itu. Kakinya dijengket sedikit,cuba mencapai lagi. Ish,sikit lagi... tiba-tiba badan Hoseok seperti ditolak. Hoseok jatuh.
Kepalanya terhantuk di almari yang lain sebelum tubuhnya jatuh ke lantai dengan kuat.
PRAK!
Bunyi tulang badan Hoseok yang patah.
**********
"Mana Hoseok ni? Pergi ambil bola ke buat bola?" Bebel Cikgu Kim.
"Jungkook. Pergi tengok Hoseok kat stor sukan. Apa lambat sangat ni?" Arah Cikgu Kim kepada Jungkook.
***
Jungkook berjalan perlahan-lahan menuju ke stor sukan. Apa la si Hoseok ni buat lama sangat?
Setibanya di stor sukan,Jungkook terhenti seketika. Senyap aje?
"Hoseok?" Panggilnya.
Senyap.
"Hoseok-ah..."
Senyap juga.
Jungkook mula tak sedap hati. Dia masuk ke dalam menuju ke tempat di mana bola-bola disimpan. Jungkook terkejut.
"Hoseok!!!" Jungkook terus menerpa tubuh kaku Hoseok itu. Sebaik sahaja tangan Jungkook menyentuh Hoseok, segala kejadian bagaimana Hoseok terjatuh bermain di matanya. Serta merta Jungkook melepaskan tangan. Tubuhnya menggigil. Apakah???
"An...andwae..Hoseok..kau...kau tak boleh pergi. Kau tunggu aku. Aku pergi minta bantuan!" Jungkook segera berlari keluar. Air matanya jatuh sepanjang dia berlari.
***
Hoseok terus dihantar ke hospital.
Di hospital...
Bang PdNim mundar mandir di hadapan wad ICU. Yang lain juga resah. Jungkook masih bingung dengan kejadian yang berlaku sekarang ni. Naeun dan Hayoung turut menemani BTS di hospital.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Naeun. Jungkook menggeleng kepala tanda tidak tahu. Dia memandang Yoongi yang sedang bersandar di dinding itu. Tiba-tiba dia teringat tentang Hoseok yang pernah betulkan lampu di ruang makan dan hampir terjatuh. Adakah itu petanda? Dan orang yang tolong sambut Hoseok...Yoongi!
Jungkook terus bangun dan menarik Yoongi jauh daripada yang lain. Yoongi pelik. Sebaik sahaja Jungkook menyentuh Yoongi, Jungkook terbayang Yoongi sedang berenang. Tiba-tiba kaki Yoongi menjadi kejang. Yoongi mula terkapai-kapai dalam air dan tenggelam. Jungkook melepaskan pegangan tangannya.
"Kau ni dah kenapa Kookie? Okay ke tak ni?"
"Yoongi. Kau kena dengar cakap aku. Kau tak boleh..ani...kau kena berhenti join kelab renang sekolah. Okay?" Yoongi ketawa mendengar kata-kata Jungkook.
"Aish jinja kau ni. Mana boleh aku quit macam tu aje. Andwae. Lagipun pertandingan renang dah dekat. Aku wakil sekolah." Balas Yoongi.
"Tapi Yoongi..."
Belum sempat Jungkook menghabiskan ayat, seorang doktor keluar dari wad ICU tersebut. Bang PdNim terus menerpa doktor tersebut.
"Macam mana dengan Hoseok doktor?"
Doktor tersebut memandang Bang PdNim dengan wajah sugul.
"Hem...Hoseok...tak dapat diselamatkan. Tulang-tulang dalam badan dia patah teruk. Kami tak dapat berbuat apa-apa. Jeosonghapnida." kata doktor itu. Mereka semua terkejut mendengar berita tersebut. Hoseok...tak mungkin!
Jungkook bangun dari tempat duduk. Tak! Tak! Hoseok!!! Air mata mula mengalir laju. Yang lain juga menangis. Jimin terkejut.
'Sejak aku ambil patung tu dan buat hajat...semua jadi serba tak kena...' kata Jimin dalam hati.
[Author:hah! Dah sah-sah la salah kau Jimin!]
[Jimin: .............]
**********
Tiba hari pertandingan....
Yoongi sedang bersiap-siap. BTS,Naeun dan Hayoung.
"Jungkook." Panggil Naeun.
"Em?" Jungkook menoleh memandang Naeun. Mata Jungkook kelihatan bengkak. Pastinya kesan daripada dia menangis setiap hari. Wajah Jungkook juga kelihatan cengkung.
"Kenapa belakangan ni awak nampak senyap?" Okay dia tahu itu soalan bodoh,tapi dia cuma mahu Jungkook kembali seperti biasa. Ahli BTS yang lain juga.
"Hem...saya nak bagitau sesuatu. Tapi...takut awak tak percaya."
"Bagitau aje la. Kita kan kawan baik?" Kata Naeun sambil tersenyum.
Jungkook terus menceritakan semuanya kepada Naeun. Naeun mendengar dengan teliti. Jimin terdengar perbualan mereka berdua.
'Ini semua berpunca daripada aku ke? Hajat tu...'
[Author: memang semuanya salah kau Jimin. Cuba kau bagitau apa hajat kedua kau tu.]
[Jimin: aish....mana boleh bagitau...tak suspen la cerita ni nanti...andwae andwae..]
Acara renang pun bermula. Yoongi berenang seperti seorang perenang profesional. Tiba-tiba Yoongi terasa kakinya seperti ditarik sesuatu. Yoongi tenggelam di dalam air. Yoongi meronta-ronta namun gagal. Kakinya semakin ditarik dengan kuat ke dasar kolam. Yoongi semakin lemah.
**SKIP**
Pertandingan renang telah tamat,namun Yoongi tidak kelihatan. Peserta-peserta yang lain semuanya sudah keluar dari kolam.
"Mana Min Yoongi?" Soal Cikgu Han,guru penasihat kelab renang. Cikgu Han,staf dan pihak penganjur mula mencari Yoongi di sekitar kolam namun tidak dijumpai.
Beberapa minit kemudian, sesuatu mula timbul di permukaan kolam. Cikgu Han terjun ke dalam kolam dan menarik tubuh tersebut. Setibanya di pinggir kolam,Cikgu Han mengalih tubuh tersebut. BTS mula bangun dari tempat duduk mereka. Begitu juga Naeun dan Hayoung. Mereka segera meluru ke sana. Jungkook jatuh terduduk sebaik sahaja dia melihat tubuh tersebut. Itu...itu...Yoongi!!! Ramai pelajar mula kecoh. Hayoung menjerit sebelum tubuhnya mula longlai dan rebah.
"Hayoung!!!" Suasana mula menjadi kelam-kabut.
BERSAMBUNG...
-Sori kalau typo