Sekolah berjalan seperti biasa. Jungkook,Jimin,Taehyung dan Jin berubah perwatakan. Taehyung yang selalu bersikap ceria dan manja juga menjadi pendiam.
**SKIP**
Pulang sahaja dari sekolah,
"Aku masak untuk korang ya? Biar korang happy sikit." Kata Jin.
"Takde maknanya nak happy tanpa Hoseok,Yoongi dan Namjoon." Kata Taehyung pula sambil mengeluh.
"Aku faham...tapi korang kena makan juga. Kalau tak nanti korang jatuh sakit." Jin pergi ke dapur.
*****
Jin menjerang air untuk membuat sup. Air mula mendidih. Jin mengambil bahan-bahan sup dan ingin meletakkannya ke dalam periuk,namun tangannya terkena periuk yang panas.
"Aish!!" Jin mengibas tangannya. Habis bahan-bahan sup berterabur di atas lantai. Jin masih mengibas-ngibas tangannya sampai tak sedar yang lantai berselerak. Jin terpijak lalu tergelincir disebabkan lantai yang licin. Kepala Jin terhantuk di meja dan berdarah.
"Wei! Tolong aku!" Jerit Jin,cuba meminta tolong namun tiada sesiapa yang datang menolong. Jin cuba bangun dengan menggagau hujung meja. Kebetulan rak pisau berada berhampiran. Jin menggagau lagi. Tangannya mencapai kain meja yang hampir dengannya. Tiba-tiba rak pisau bergerak sendiri dan rak tersebut jatuh. Pisau-pisau di dalamnya jatuh dan menikam tubuh Jin.
**********
"Apesal lama sangat Jin kat dapur tu?" Soal Jimin.
"Molla. Kejap aku pergi tengok." Taehyung bangun dan menuju ke dapur sambil tertanya-tanya.
Setibanya di dapur.
"Woish..apesal dapur bersepah sangat ni? Jin ni masak ke apa? Sampai bersepah habis..." omel Taehyung. Kakinya tiba-tiba terpijak sesuatu. Terasa basah semacam. Taehyung mengangkat kakinya. Warna merah! Dicalitnya sedikit cecair merah pekat itu. Hanyir! Darah? Taehyung pergi ke belakang kaunter dapur dan ternampak mayat Jin dengan pisau yang masih terpacak di tubuhnya. Taehyung terus lembik lutut.
"Jimin!!! Kookie!!!!" Dia menjerit memanggil Jimin dan Jungkook. Mereka berdua tiba di dapur setelah terdengar jeritan Taehyung. Jimin segera menelefon ambulans serta Naeun dan Hayoung.
**SKIP**
Bilangan ahli BTS semakin berkurangan. Taehyung dan Jungkook duduk berdua di ruang tamu. Jimin pula sedang mandi di biliknya.
"Aku rasa kan,Jimin ada sembunyikan sesuatu daripada kita." Kata Jungkook.
"Jinja? Mana kau tahu?" Soal Taehyung.
"Sebab belakangan ni,bila members yang lain mati,Jimin nampak resah semacam."
Taehyung menampar bahu Jungkook.
"Aish kau ni! Members mati tragis,mestilah dia resah! Takkan la kau nak dia happy pulak?" Omel Taehyung.
[Author: betul tu Taehyung!]
[Taehyung: kan author kan?]
"Aniya! Maksud aku,dia resah lain macam. Kau tak perasan ke? Semua benda ni terjadi sejak kita semua balik dari karnival tu?" Kata Jungkook pula.
"Maksud kau...mungkin Jimin bawa balik something?"
"Nae. Kita kena cari kat bilik dia sekarang. Dia tengah mandi kan?" Taehyung mengangguk.
BERSAMBUNG
-Sori kalau typo