Mereka semua segera mencari kayu dan menyalakan api. Jungkook, Taehyung, Naeun dan Hayoung memandang Jimin.
"Okay,aku tahu...aku dah buat salah. Fine,aku buat hajat terakhir. *pegang patung tu dan buat hajat* wahai Voodoo Doll, aku ingin kau kembalikan rakan-rakan aku yang telah hilang nyawa akibat kerakusan dan sifat tamak aku sendiri. Tolong la wahai Voodoo Doll..." Jimin mencucuk patung tersebut dengan jarum lalu melempar patung tersebut ke dalam api. Patung voodoo tersebut mula terbakar dan sedikit demi sedikit menjadi abu.
Mereka menunggu selama seminit. Masih tiada apa-apa yang berlaku. Dua minit kemudian, satu cahaya mula menyilaukan pandangan mereka semua. Muncul tubuh seorang demi seorang demi seorang member BTS di hadapan mereka. Namun, keadaan mereka semua masih dalam keadaan bagaimana mereka mati, Hoseok, badannya yang patah. Yoongi, wajahnya pucat dan air mengalir keluar dari hidung dan mulutnya tanpa henti. Namjoon, badannya keras,dapat dilihat jaluran elektrik di badannya seperti urat(entah apa yang authornim merapu ni). Manakala Jin, tubuhnya dibasahi darah dengan kesan-kesan tikaman. Mereka semua terkejut.
"Kenapa jadi macam ni? Kenapa diorang semua dalam keadaan macam tu?" Soal Taehyung.
"Aku...tak tahu...tapi aku dah buat hajat minta diorang kembali kan? Apa yang salah?" Soal Jimin pula.
"Aku rasa...mungkin sebab hajat kau tak lengkap. Memang kau minta diorang kembali, tapi bukan kembali seperti biasa dalam keadaan hidup, normal." Kata Jungkook. Naeun dan Hayoung mengeluh.
"Habis tu macam mana? Patung tu dah hangus. Lagipun, hajat terakhir dah diguna." Naeun mengurut dahinya.
"Kita fikir cara lain. Kita kena selamatkan Taehyung---"
"Wei!!! Tolong aku!!!!! Eomma!!!" Taehyung menjerit sambil ditarik oleh Hoseok, Yoongi, Namjoon dan Jin. Di belakang mereka berempat kelihatan satu bayangan berwarna hitam, kelihatan cuba menyedut dan membawa Taehyung bersama Hoseok, Yoongi, Namjoon dan Jin.
"Taehyung!!!" Jungkook cuba menarik Taehyung namun dia terjatuh dan ditarik sekali
"Kookie!!" Jimin pula menarik pinggang Jungkook namun tenaga mereka berempat (Hoseok,Yoongi,Namjoon dan Jin) dan bayangan hitam itu lebih kuat.
Naeun dan Hayoung apa lagi, tolong Jimin menarik Jungkook. Cuba melawan kuasa jahat tersebut.
"Argh!!!" Jungkook menarik Taehyung dengan lebih kuat.
Jimin dapat melihat seorang wanita dengan rambut panjang menutupi sebahagian wajahnya memandang tepat ke arah mereka sambil tersenyum jahat. Noona tu!
"Terisa!!!" Jerit Jimin. Jungkook, Naeun dan Hayoung memandang arah yang ditunjuk oleh Jimin.
"Kamu semua tak akan dapat melawan kuasa aku. Hahaha! Sekarang aku akan bawa kamu semua sekali. Semuanya!! Hahahaha!!!" Terisa mengangkat tangannya. Tiba-tiba Jungkook, Jimin, Naeun dan Hayoung terasa badan mereka turut ditarik.
*****
"Andwae!!!!!!" PAK!! Tiba-tiba Jungkook terasa bahunya ditepuk dengan kuat. Jungkook tersentak.
"Huh?" Jungkook menoleh sekeliling. Semua orang memandangnya pelik terutamanya Jimin.
"Kau ni dah kenapa?! Okay ke tak? Terjerit-jerit andwae...mimpi apa kau?" Jimin menepuk bahu Jungkook. Jungkook memandang rakan-rakannya yang lain. Taehyung, Jin, Naeun, Hayoung, Namjoon, Yoongi dan Hoseok. Semua memandangnya pelik.
'Tapi...bukan ke diorang...' Jungkook terkebil-kebil.
"Hem. Tak ada apa-apa. Memang aku mimpi tadi. Jangan risau la. Kita dalam bas ke? Nak pergi mana?" Soal Jungkook. Jimin menepuk dahi.
"Aigoo...kau ni tengah mamai ni. Kau dah lupa? Hari ni kan hari kita nak pergi karnival benda-benda aneh tu? Sekarang ni kita on the way la...."
"Karnival?! Jimin...kau kena janji dengan aku..." Jungkook menggenggam erat tangan Jimin. Jimin terkebil-kebil.
"Nae? Janji? Janji apa?"
"Janji dengan aku yang kau takkan bawa balik apa-apa pun dari karnival tu. Yaksok? Jebal..."
"Kau ni kenapa Kookie? Yela yela...pelik la kau ni..." Jimin menyambung kembali bacaannya.
Jungkook menghela nafas lega. Akibat terlalu lega, Jungkook memegang kerusi hadapan, tangannya terluka terkena benda tajam.
"Aish..." Jungkook menghisap jarinya yang luka itu. Jimin menoleh.
"Kau okay Kookie?" Soal Jimin.
"Nae.." balas Jungkook. Tapi dalam hati,dia dah mula rasa pelik.
Tiba-tiba lagu 'Just One Day' mula kedengaran dalam bas. Rupa-rupanya driver bas yang pasang. Kebetulan, lagu tu sekarang part Jungkook yang menyanyi. Tapi suaranya jadi tersekat-sekat. Jungkook terkejut.
Omona~ semua tu...jarinya yang terluka...lagu tersekat-sekat...semua tu terjadi macam dalam mimpinya. Adakah mimpinya akan menjadi kenyataan?
*****
Di karnival...
Setelah melawat booth-booth yang mempamerkan pelbagai barang aneh, mereka tiba di booth yang paling hujung. Ada patung creepy. Jungkook ternampak patung voodoo tu. Jungkook terkejut. Lagi.
"Comel!" Jimin cuba mengambil patung tersebut namun segera dihalang oleh Jungkook.
"Tak payah. Menakutkan aje aku tengok patung tu. Jangan-jangan ada sumpahan. Jom pergi tempat lain." Jungkook menarik tangan Jimin. Jimin dan yang lain hanya menurut.
Selepas mereka beredar....
☆extra cast : Yugyeom and Youngjae GOT7
Dua orang pelajar dari sekolah lain datang ke booth tersebut. Yugyeom dan Youngjae terpegun melihat patung-patung di situ. Youngjae bergerak ke rak yang lain.
Yugyeom ternampak patung voodoo tersebut. Dia mengambil dan membelek patung tersebut dengan penuh minat.
"Adik suka dengan patung ni?" Soal seorang wanita. Rambutnya panjang menutupi separuh daripada wajahnya.
"Nae. Suka" balas Yugyeom.
"Kalau adik suka ambil la. Noona bagi."
"Jinja? Wah~gomawo noona.'
"Nae..bagi patung tu kat noona. Biar noona letak dalam kotak. Tapi adik kena janji dengan noona, jangan bagitau sesiapa pun tentang perkara ni. Arasso?"
"Nae. Arasso. Terima kasih banyak, noona." Yugyeom mengambil kotak tersebut dan memyimpannya ke dalam beg lalu mengajak Youngjae pergi ke booth lain. Wanita tersebut tersenyum. Matanya bertukar ke dari warna hitam ke warna merah.
"Nampaknya aku dah ada mangsa baru kali ini...hahaha...."
-TAMAT-
-Sori kalau typo
-Gomawo sebab sudi baca and vote ^^