Part 4

3.1K 387 15
                                    

Keesokkannya..

Jimin bangun pagi seperti biasa. Bersemangat pun ada. Kenapa? Sebab...dia dah guna hajat keduanya.

***

Jungkook masuk ke ruang makan sambil terfikir tentang kejadian semalam sewaktu berada di dalam bas. Kenapa dia seorang aje yang rasa aneh? Kenapa yang lain tak rasa pun? Masa tu Hoseok sedang betulkan lampu atas meja.

"Lampu rosak ke?" Soal Jungkook.

"Ha'ah. Dari semalam lagi nak rosak,tapi aku malas nak tukar. Haha. Omo omo.." Hoseok tiba-tiba tergelincir dan hampir terjatuh. Nasib baik Yoongi sempat sambut. Bang Pd Nim masuk ke dalam ruang makan sambil membawa sarapan.

***

Semasa sarapan

"Hari ni,lepas balik sekolah,terus pergi studio dan practice,arasso?" Kata Bang Pd Nim.

Semua member Bangtan berada dalam dunia mereka sendiri. Terutamanya Hoseok. Selalunya dia yang bijak memeriahkan suasana. Tapi hari ni,semua senyap aje. Jungkook pelik. Bang Pd Nim menepuk meja tiba-tiba. Semua terkejut.

"Saya ni bercakap dengan dinding ke? Kenapa tak ada respon langsung?" Bang Pd Nim berleter.

"Nae arasso hyung..." semua menjawab lemah.

"Jom. Semua dah siap makan kan?" Soal Jin. Yang lain mengangguk. Masing-masing mencapai beg sekolah.

"Guys...aku nak cakap something." Semua memandang Hoseok.

"Aku just nak cakap kalau aku dah tak ada nanti,jangan lupakan aku tau. Aku minta maaf kalau aku ada buat salah kat korang." Kata Hoseok perlahan. Jin,Yoongi,Namjoon dan Taehyung hanya mendengar. Jungkook bertambah pelik. Dia memandang pula Jimin. Jimin pun pelik.

***

Di sekolah...

Hari ni diorang ada kelas sukan.

"Hari ni kita nak main apa cikgu?" Soal Taehyung.

"Kita main bola keranjang. Kamu bahagi kumpulan sendiri ya. Tahu kan rules semua." Kata Cikgu Kim,guru sukan mereka.

Semua pelajar patuh dengan arahan Cikgu Kim. Yela,Cikgu Kim tu dah la garang macam harimau. Nanti kalau dia menjerit,boleh terkencing dalam seluar dibuatnya.

"Hoseok. Kamu pergi ambil bola kat stor sukan." Arah Cikgu Kim.

"Nae." Hoseok hanya menurut.

BERSAMBUNG...
-Sori kalau typo...

[✔] Curse Of The Voodoo Doll + BTSWhere stories live. Discover now