Chapter 12

2.4K 139 20
                                    


Chapter 12: Who's that alphabet guy?

No one's POV

Dah dekat seminggu sejak kes rooftop haritu berlalu and otak Baekhyun masih lagi berserabut dengan pelbagai spekulasi tak guna dia. Kenapa jantung dia selalu rasa macam nak tercabut bila dekat dengan Minju, kenapa mata dia tak henti2 cari minah tu bila dia tak ada dekat sisi dan yang paling penting, asas segala asasnya... kenapa dia sukaaaaaaa sangat nak tahu pasal Minju and tak habis2 mengacau perempuan tu.

Dia nak tahu apa hubungan Minju and D.O. Dia nak tahu kenapa Jiyeon layan Minju teruk walaupun diorang adik beradik. Dia nak tahu apa yang jadi dekat Minju dua tahun lepas sampai dia stop main muzik. And dia nak tahu kenapa Minju selalu ada senyuman yang macam tu—senyuman tanpa nyawa. Baru-baru ni Baekhyun mula sedar—lepas memerhatikan perempuan tu macam stalker tak betul —yang Minju tak pernah senyum dengan ikhlas. Tak wujud rasa kegembiraan yg sebenar dalam diri dia. And itu buat Baekhyun musykil... dia je ker satu-satunya makhluk yang perasan semua benda ni? Sampai la hari ni... masa dia tengah sibuk duk usya si Minju yg tengah gelak dengan lawak bodoh V, mata Baekhyun mendarat betul-betul dekat seorang lelaki yang dia tak pernah sangka akan peduli pasal sesiapa pun-- tengah memerhati Minju dengan pandangan yg sama dgn Baekhyun. Lelaki paling pemalas di abad ini yang pernah ditemuinya.... Min Yoongi a.k.a Min Suga, captain of BTS Band!!!!

"Yah, Baek to the freakin Bacon!"

"It's Baekhyun not Bacon, dimwit!" bentak Baekhyun balik tanpa menyedari org yg baru meng'hina' dia tadi adalah Minju. And not just that, Minju tempik betul-betul dekat telinga dia dan bila dia pusing sahaja... mahu tercampak jantung Baekhyun bila muka dia dan Minju hanya jarak tak sampai seinci jer! OH MY GAWK!! WHAT THE CHCKENNN?! Itu la reaksi BTS bila dua org pasangan terlebih masin dekat depan diorang ni hampir aje terrrrrrr*eherm! Paham-paham sendiri laa* lips to the lips connection.*

Tak macam Baekhyun yang reaksinya ibarat ahjussi yang hilang seluar selepas keluar jamban, Minju dengan muka blur-blur ayamnya mencapai fail di atas meja sebelum mengetuk kepala Baekhyun sekuat-kuatnya. Macam nak terbelah lapan fail tu dibuatnya. Sama la dengan tuan punya kepala. Bayangkan ajela fail hitam setebal 3 inci yang penuh dengan record lagu tahun lepas, dihempuknya dekat kepala. BTS yang memerhati hanya mampu mengagumi ketahanan dan kebatuannya kepala si mamat Bacon ni, walaupun dia dah berguling dekat lantai dek tak tertahan sakitnya. Minju pulak hanya pusingkan balik kerusinya dan sambung kerja tadi.

"Yah! Kau nak mampos ke apa?! Sakit ahh!" tempik Baekhyun selepas hampir 20 minit berguling dalam studio empat dinding tu.

Minju hanya pusing menghadap Baekhyun dalam beberapa saat sebelum menjelir lidah ke arahnya. Suasana the so-called-awkward moment tadi lesap dalam sekelip mata lepas kepala Baekhyun kena dera. Well, maybe it's not that bad. Sekurang-kurangnya Baekhyun still ada alasan untuk bergaduh dengan Minju and bukannya mengelak dari dia sebab malu. Silently, Baekhyun mengulum sekuntum senyuman yang paling tak pernah dia tunjukkan pada sesiapa. Malangnya, tak siapa perasan.. kecuali dia. Yup! The old guy, Min Suga! 

Tepat pukul 10 pagi, para pelajar mula beransur masuk ke kelas masing-masing. Termasuklah ahli club broadcast yang lain. Seperti kebiasaannya, Suga akan tidur dekat studio, and Baekhyun as a rebel guy he is.. akan melepak dekat rooftop – masing2 ponteng aje kerjanya. *Jangan tiru aksi ini di sekolah anda*

Tapi tiba-tiba...

"Baek." satu suara yg agak garau meyapa telinga Baekhyun. Ibarat terkena kejutan elektrik, cepat2 dia berpusing ke arah suara tadi. Suga sedang memerhatinya dengan muka dia yng blank sambil menunjuk ke arah studio.

Baekhyun membalas dgn anggukan, faham yg si tua ni nak jumpa dia sekejap. Tapi persoalannya... kenapa? Untuk apa? Dgn nervousnya, Baekhyun hanya menurut. Well, lagipun dia memang nak skip kelas pun.

Failed Cinderella Story [ Malay ]Where stories live. Discover now