Prolog

1.7K 88 11
                                    

"Adik..."

"Benda?"

"Mak nak cakap sikit ni."

"Apabenda mak ni? Tak nampak ke orang tengah tidur ni!"tengking Syukri.

Suhana terdiam seketika. Dia tidak mahu memaksa anaknya untuk berbual dengannya. "Tak perlah dik. Mak turun dulu ya."Suhana senyum kelat. Sedikit kecewa apabila ditengking anaknya itu.

"Ish mengacau je lah orang tua ni."getus Syukri.

Suhana menyidai pakaian yang baru sahaja dibasuh. Bunyi deruan beberapa buah helikopter membingitkan telinganya. Entah kenapa sejak kebelakangan ni terlalu banyak jet, helikopter berterbangan di ruang udara. Tidak dikecualikan juga ambulans-ambulans yang sering kelihatan baru-baru ini. Jika diikutkan, klinik kesihatan di kampung ini hanya ada sebuah ambulans sahaja. Suhana yakin pasti kerajaan ada menyembunyikan sesuatu.

Ramasamy seorang penjual ais-krim yang cukup dikenali di kampung ini dek kerana sikap ramah dan lawaknya. Hari ini dia masih meronda di kampung itu. Cuma yang berbezanya hari ni adalah dia tidak menunggang motorsikalnya sebaliknya dia hanya berjalan kaki. Dia lapar mencari mangsa.

"Eh Rama! Jalan kaki je ke? Mana motornya?"sapa Minah yang sedang menghala ke rumah Suhana untuk mempertontonkan koleksi barang kemasnya.

Ramasamy terbongkok-bongkak berjalan. Mukanya dipalingkan ke arah Minah dan Suhana.

"Ya Allah! Darah!"pekik Suhana yang terkejut apabila melihat bahagian penuh muka Ramasamy.

"Engko ni sihat tak Rama?"soal Minah kehairanan.

Ramasamy berlari pantas menuju ke arah Minah yang berlenggang-lenggok jalan memperagakan barang kemas serta kebaya merahnya. "Ya Allah! Apa kena dengan kau ni Rama! Suhana tolong aku!"teriak Minah setelah Ramasamy menolak lalu menghempap mahu mengigitnya. "Arghhh!" Minah mengerang kesakita setelah lehernya digigit. Darah memancut-mancut keluar.

"Ya Allah! Kak Minah!"

Suhana mengangkat pasu bunga yang terisi pokok bunga raya lantas menghentakkannya ke kepala Ramasamy. Tubuh Ramasamy rebah. Suhana terduduk. Dia tercungap-cungap mengambil nafas.

"Kak Minah?"Suhana menggoncang tubuh Minah yang longlai tidak bermaya.

Ramasamy bangkit. Perlahan-lahan dia menghampiri Suhana. "Guarghhh!" Ramasamy terus menerkam Suhana.

"Syukri tolong mak! Syukri!"

Syukri menyepak bantal peluk yang terletak di kakinya. "Apabenda lagilah orang tua ni!"

Syukri turun dengan hati yang geram membukit. "Apebenda ma-" Syukri gagal menghabiskan kata-katanya setelah melihat tubuh ibunya diratah oleh Ramasamy yang sudah tidak rupa seperti manusia. Ususnya ibunya yang terkeluar dicarik-carik oleh Ramasamy. Darah pula memenuhi sebahagian besar halaman rumah yang bersaiz sederhana itu. "Mmmak..." Syukri sebak.

Batu sebesar sebuah helmet dicapai lalu digengam erat. Kepala Ramasamy menjadi sasaran batu itu. "Aaaa!" Syukir menghentak batu itu ke Ramasamy bertubi-tubi. Darah merecik-recik ke mukanya. Kepala Ramasamy hancur. Syukri terus memeriksa ibunya setelah menyakini Ramasamy sudah tidak mampu melawan.

"Mak..."tubuh ibunya digoncang. Ibunya sudah tidak bernyawa. Syukri menangis teresak-esak. Dia menyesal. Kesal dengan perbuatannya terhadap ibunya. Dia menyesal kerana tidak menghargai ibunya semasa wanita itu masih menghirup udara.

Syukri terduduk. Dari jauh, dia mendengar rintihan suara garau persis suara zombi. Syukri mula cuak. Mustahil zombi wujud dunia ini. Selalunya hanya menjadi antagonis dalam filem-filem Hollywood. Dia memerhati dengan jarak yang lebih dekat. Dan dia tidak silap lagi. Bunyi itu memang datang dari zombi.

VIRUSWhere stories live. Discover now