BAB 6

681 33 3
                                    

"Macam mana kau boleh join kumpulan ni?"soal Azim sambil memandu van ambulan itu.

"Khairy yang bawak aku ke sini sebab Dato' Mokhtar tu his uncle. And now... he's dead." Sebastian mendengus.

"Khairy tu kawan kau ke?"

Sebastian menggeleng. "Yep but nope."

"What?"

"Tak maksud aku dia jadik kawan lepas zombie outbreak ni. It's a long story."

"Ceritalah."

"It's a long story. Tekak kering ni tak larat nak cerita."balas Sebastian sambil merenung ke arah beberapa tin Red Bull yang belum dibuka.

Azim faham sangat dengan kiasan Sebastian. "Cakap jerlah nak air ni. Nah ambik." Setin Red Bull dicampak ke arah Sebastian.

Sebastian tergelak seperti anak kecil yang baru diberikan jajan. "Uhuhu...Thank you. May god bless you." Air Red Bull itu diteguk gelojoh. Sudah lama dia tidak menikmati air bertenaga itu.

"Dah basah dah tekak tu?"

Sebastian mengangguk gembira. "Ok camni cerita dia. Aku dulu barista kat Starbucks...."

Starbucks tidak pernah lekang dek orang. Terutama sekali hari minggu, sudah pasti ramai 'basic white girl' wannabe atau individu yang mahu ke kancah hipster akan melangkah masuk ke dalam kafe kapitalis itu. Khairy tidak terkecuali.

"Good evening, may I have you order sir?" Sebastian melontarkan senyuman paksa.

"One hot Cocoa Cappuccino."

"Large or regular?"

"Large."

"Your name sir?"

"Khairy."

"Kari?"

"Hmm."

Sebastian pelik namun terus menulis nama pelanggannya pada cawan kertas bersaiz besar itu. Beberapa minit kemudian, air siap dihidang. "Kari!"teriak salah seorang barista di situ.

Khairy tersentak. Namanya disalah eja. "Kari?! Kari kepala tengkorak kau?!" Cawan kertas berisi Cocoa Cappuccino panas itu dibaling ke arah Sebastian. Sebastian menepis namun penutup cawan yang terbuka itu menumpahkan sedikit air panas pada lengannya. Lengannya melecur, Sebastian mengerang kesakitan.

Mata-mata pelanggan kafe kapitalis itu mula tertumpa pada Khairy. Ada yang mencemuh dan ada buat bodoh seperti tiada apa yang sedang berlaku. Tidak kurang juga golongan propaganda yang sedang giat merakam insiden itu. Salah seorang pekerja Starbucks membantu Sebastian.

Dadanya mula berombak. Sebastian terus pergi ke arah Khairy lalu menghadiahkan sebuku penumbuk tepat mengenai muka Khairy. Golongan propaganda semakin asyik merakam. Golongan yang mencemuh terus mencemuh sebagai suara latar belakang. Golongan yang buat bodoh mula berminat untuk menyaksikan insiden yang jarang sekali berlaku.

"Okey. It's a nice story. But how the fuck kau boleh kawan dengan dia? He literally being a dick."

"Waitlah. Cerita belum habis lagi."

Sebuah kereta Nissan Almera menderu laju menuju ke kafe itu. Dengan pantas Khairy menolak Sebastian yang hampir dilanggar kereta tersebut. Dinding kaca kafe itu berkecai. Sebahagian badan kereta itu kini berada di dalam kafe itu. Rata-rata pelanggan sudah lari manakala golongan propaganda terus dengan kegiatannya. Pemandu kereta yang tidak sedarkan diri itu giat diratah seorang wanita yang sudah tidak rupa seperti manusia.

Kemudian manusia yang tergolong seperti wanita di dalam kereta itu muncul dari pelbagai sudut. Mereka semua bertukar menjadi zombi. Satu persatu pelanggan digigit. Suasana menjadi hingar bingar dengan teriakkan dan tangisan. Khairy dan Sebastian terus berlari ke luar premis itu.

VIRUSWhere stories live. Discover now