Van katering Zainab, van milik Pak Ngah, ambulans yang dipandu Azim serta Proton Ixora milik Haji Sabirin berhenti di lebuhraya LEKAS. Puluhan kereta, van serta beberapa bas tersadai tanpa pemandu di lebuhraya itu. Namun bukan itu yang menarik perhatian mereka. Sebuah Perodua Myvi dan Mitsubishi Triton yang tersadai bersama kenderaan lain menarik perhatian mereka. Dua buah kereta itu masing-masing kepunyaan Murni dan Sebastian.
"Eh! Itu bukan ke van si Jarjis?"soal Pak Ngah sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah van sekolah yang terbalik.
"Iyalah! Betul lah tu! Nombor plat pun sama."balas Zainab. "Bang Aji!"
"Gapo dio?"Haji Muiz menyoal sambil menghembuskan asap cerutnya.
"Tu van Jarjis kan?"
"Eh..iyolah. Jom pegi tengok."Haji Muiz terus menuju ke van itu diikuti Haji Sabirin. Pak Ngah dan Zainab.
Ramona dan Fatin Allysha memeriksa kereta milik Murni dan Sebastian. Kereta Sebastian kosong manakala di dalam kereta Murni terdapat tiga susuk tubuh yang longlai tidak bermaya."Doktor!"teriak Ramona.
Aaron dan Yusrina terkocoh-kocoh berlari ke arah Ramona dan Fatin. "Ada apa?"soal Aaron.
"Dekat dalam kereta tu..."kata Fatin.
Yusrina dan Aaron mendekati Perodua Myvi berwarna kuning itu. "Ya Allah!" Yusrina terkejut. Begitu juga Aaron.
Zainab dan Pak Ngah bergegas ke arah mereka diikuti Azim dari belakang. Mereka semua memaparkan reaksi yang sama.
Aaron memeriksa nadi kesemua penumpang Perodua Myvi itu. Tiada seorang pun yang berdenyut. Aaron meneliti cermin serta tubuh mangsa-mangsa itu. Aaron merumuskan bahawa mereka semua ditembak.
Sebastian, Amirul Haziq serta Khairy keluar dari kawasan gaung lebuhraya itu. Mereka semalaman bersembunyi di sebalik gaung itu bagi mengelakkan diburu dari zombi-zombi serta gerombolan penjahat yang menyerang mereka beberapa jam sebelum ketibaan Haji Sabirin dan lain-lain.
"Ustaz..."panggil Amirul.
"Amirul?"Haji Sabirin kehairanan. "Kenapa dengan kamu semua ni?"
"Kami kena serang ustaz!"jelas Sebastian.
"Serang?! Siapa serang hangpa?!"celah Pak Ngah.
"Si Lan tu Pak Ngah....Lan Badak tu!"kata Khairy. "Saya dah cakap dah, mamat gangster tu tak boleh dipercayai! Tapi orang-orang kem tu semua boleh pulak termakan lakonan dia!"
"Macam mana ni? Aku tak fahamlah. Cuba ceghita jelas sikit."kata Pak Ngah.
----------
Lori 3 tan yang dipandu Lan Badak mengetuai ekspedisi itu. Di belakang lori itu adalah Perodua Myvi yang dipandu Murni yang dinaiki oleh Devi dan Cynthia. Di belakang kereta Murni pula sebuah pacuan empat roda, Mitsubishi Triton milik Sebastian yang dinaiki oleh Amirul dan Khairy. Dan di belakang sekali adalah sebuah van sekolah kepunyaan Jarjis yang ditumpangi oleh Zakiah, Shukriz, Ramsey, Jonathan dan Wong.
Lori dipandu laju sehingga berjaya meninggalkan ketiga-tiga kenderaan itu di belakang. Murni memberhentikan keretanya. Tembakan bertubi-tubi dilepaskan ke arah kereta Perodua Myvi Murni. Sebastian yang mendengar bunyi tembakan itu terus melarikan diri ke dalam gaung. Khairy dan Amirul mengikuti gerak langkah Sebastian.
Satu tembakan sesat tertusuk ke bahagian jantung gadis itu. Kemudian beberapa das tembakan sesat lagi dilepaskan ke arah Cynthia dan Devi. Tembakan tepat mengenai dada Cynthia dan perut Devi.
Jarjis mula panik. Begitu juga para penumpang van itu. Jarjis terus menekan pedal. Lan Badak yang ketika itu baru turun dari lori terperanjat apabila dia hampir dilanggar Jarjis. Jarjis juga turut bereaksi yang sama lalu membelok dengan pantas dan melanggar sebuah motorsikal yang tersadai lantas van itu terus terbalik.
YOU ARE READING
VIRUS
HorrorSatu wabak misteri mengubah jutaan manusia menjadi mimpi ngeri. Sekumpulan manusia yang masih berdiri bergelut menyelamatkan nyawa sendiri. Ada yang penting diri dan ada yang menyendiri. Demi mencari solusi yang tak pasti.