"Jalang bona ekau punyo masak lomak ni Milah."
"Jalang?" Khairul tersentak mendengar perkataan yang dilontarkan mak mertuanya.
Wan Maimunah bermuka pelik. "Napo laki ekau ni Milah?"
Jamilah tergelak kecil. "Jalang tu dalam bahaso nismilan maksudnyo cair, bang."terang Jamilah.
"Ohh... Abang fikir apabenda lah tadi. Huhu...."Khairul mengangguk faham. "Mila jalang tak tengok abang?"seloroh Khairul.
"Ish, apa abang ni."Jamilah mencubit pipi suaminya.
Wan Maimunah menjengah keluar tingkap. Beberapa ekor zombi sedang melilau di perkarangan rumahnya. Matanya tertancap ke arah sesusuk tubuh yang sedang melilau tanpa hala tuju. Dia menakup mulutnya menahak sebak. "Ujang..."
Jamilah perasan ibunya sedang menangis. Dia terus memeluk ibunya itu. Dia juga turut bersedih atas pemergian abangnya itu. Usai membawa ibunya masuk ke dalam bilik, Jamilah terus ke dapur untuk mendapatkan suaminya.
"Abang...lauk ni lauk yang terakhir. Saya geledah peti ais mak, dah tak ada makanan lagi."
"Lahh...kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tau abang tak payah makan tadi. Boleh simpan untuk esok."
"Tak de gunanya bang. Sama jugak. Simpan esok hari seterusnya kita nak makan apa...nampaknya kita kena gerak keluar dari sini."
"Cakap memang senang Milah. Awak tengok tu kat luar tu...berapa banyak ekor zombi melilau sana-sini."
"Tapi bang..."
"Dah malam ni. Mari kita pergi tidur. Esok kita ikhtiar macam mana. Anak-anak mana?"
"Diorang dah tidur dah."
Malam pekat sepekat kopi O panas Khairul. Perlahan-lahan dia hirup. Khairul termenung. Dia memikirkan bagaimana untuk keluar dari kampung ini. Bila difikirkan balik, dia, isterinya, anak-anaknya serta ibu mertuanya telah terperangkap dan terkepung dek zombi. Dia mula kebuntuan.
"ARGHH!"
"PANG!"
Bunyi pekikkan dan kaca pecah menyentak Khairul yang sedang mengelamun serta isteri dan anaknya yang sedang tidur.
"Mak ke yang jerit tu bang?"soal Jamilah sambil menggosok matanya yang masih mengantuk.
"Entah Milah, jom cepat pergi jenguk mak."
Jamilah menguak perlahan pintu bilik ibunya. Pintu kayu yang sudah dimamah usia itu berkeriut apabila ditolak. Seekor zombi serang rakus meratah Wan Maimunah.
"Ya Allah! Mak!"jerit Jamilah.
Khairul tergamam. Dia melihat ke tingkap yang terbuka. Dia merumuskan bahawa zombi itu menyusup masuk dari situ. Khairul terus menukar kain pelikat ke seluar.
"Jamilah! Kemas apa yang patut. Malam ni jugak kita keluar. Siapkan anak-anak cepat!"
"Tapi bang...mak macam mana? Takkan nak biar sensorang kat sini?!"
"Milah! Mak awak dah tak ada. Dah jangan banyak bunyi. Cepat siap!"tegas Khairul. Jamilah hanya menurut. Dia bergerak pantas.
"Redzuan, Diya! Bangun. Kita kena pergi sekarang."kejut Jamilah.
"Pergi mana mama?"soal anak bongsunya, Redzuan.
"Nanti mama bagitau. Dah cepat bangun."
Khairul terlihat sepadang tangan sedang cuba memanjat tingkap bilik ibu mertuanya itu. Segera dia menutup lalu menyendal pintu bilik itu dengan sebuah kerusi kayu jati yang boleh memuatkan tiga orang.
Khairul terus pergi ke dapur mencari sebalang kaca. Jam loceng pada tangannya ditetapkan pada pukul 10.35 malam. Pintu utama rumah kayu berbumbungkan rekaan tanduk kerbau dikuak perlahan. Jam loceng yang diletakkan di dalam balang itu diletakkan di bahagian pintu masuk utama. Tujuannya untuk mengalihkan perhatian zombi-zombi itu sementara dia bersama keluarganya menyusup keluar mengikut pintu belakang. Sekarang 10.30. Dia hanya ada lima minit untuk keluar.
"Semua dah siap?"soal Khairul yang sudah bersedia untuk meninggalkan rumah itu.
Jamilah mengangguk.
"5...4...3...2...1"
"KRINGGGGGGGG!!!"
"Jom cepat!"arah Khairul. Khairul dan keluarganya bergegas keluar dar rumah itu. Mereka terus berlari dan berlari. Kira-kira hampir 1 kilometer, Jamilah mengerling ke arah rumah pusaka ibunya. Puluhan zombi sedang berpusu-pusu menghala ke pintu utama rumah kayu itu. Dia sedikit memuji kebijaksaan suaminya dalam mengalihkan perhatian zombi.
Sebuah lori 3 tan kebetulan laku disitu. Pemandunya, Ah Seng serta beberapa orang kampung di belakang memang sedang melarikan diri dari balai raya yang telah diserang zombi.
"Eh...lu ni anak itu....si Wan Munah kan?"soal Ah Seng.
"Ha'ah. Saya lah tu."
"Mana itu si Wan Munah?"
"Dia dah tak ada."
Ah Seng terdiam. Perempuan tua yang selalu menjadi pelanggannya tetapnya dalam membeli alat elektronik telah dijemput ajal.
"Itu binatang sudah mari...cepat naik."arah Ah Seng yang terlihat gerombolan zombi yang sedang mara ke arah mereka melalui cermin sisinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/58463883-288-k533773.jpg)
YOU ARE READING
VIRUS
HorrorSatu wabak misteri mengubah jutaan manusia menjadi mimpi ngeri. Sekumpulan manusia yang masih berdiri bergelut menyelamatkan nyawa sendiri. Ada yang penting diri dan ada yang menyendiri. Demi mencari solusi yang tak pasti.