"Papa. Takkan kita nak tinggalkan je diorang kat kem tu. Tak kesian ke kat diorang?"Mokhtar hanya buat tak endah kata-kata anak tunggalnya itu. Dia tidak mahu memikirkan soal manusia-manusia di kem itu. Bagi Mokhtar, buat apa dia nak selamatkan orang-orang yang menentangnya semasa pilihanraya. Mokhtar bukan tak tahu yang sebahagian besar manusia yang terselamat di kem itu adalah penyokong kuat parti pembangkang.
"Papa..."
"Diam Nazim."tegas Mokhtar. Nazim terkebil-kebil selepas dimarahi bapanya.
Pesawat MH372 itu terbang pada kelajuan rendah. Pesawat itu hanya dipenuhi oleh 80 orang penumpang dari 240 kerusi yang kosong.
"Tuhan jerlah yang tau macam mana kita nak berlepas tadi." Rafizi, pembantu juruterbang itu menghembus nafas lega. "Kapten... Are you okey?"
Tubuh Kapten Zamri terkaku longlai. Kulitnya pucat menampakkan urat-urat yang sebahagiannya tersembul keluar. Rafizi mengesyaki sesuatu.
"Kapten..." Rafizi menolak perlahan tubuh Zamri bagi memeriksa keadaan Zamri.
"GUARGHHH!!"Zamri mengigit leher Rafizi. Rafizi terkapai-kapai mencuri nafas. Selang beberapa minit, Rafizi dijemput ajal dan menunggu beberapa jam lagi untuk menyertai Zamri.
Dari celah pintu kokpit yang dikuak perlahan, Amberly menyaksikan segalanya. Dia terpaku takut dengan kejadian yang disaksikannya. Walaupun begitu, Amberly bertindak bijak. Dia tidak menjerit sebaliknya dia terus mendapatkan seorang pegawai polis yang turut menjadi penumpang pesawat itu.
"Tuan Inspektor."panggil Amberly perlahan.
Adnan tercengang. "Saya ke?"
Amberly mengangguk. Terus memberi isyarat supaya menghampirinya. Adnan hanya menurut arahan pramugari berbangsa Cina itu.
"Kenapa ni cik? Ada masalah ke?"
"Ya. Masalah besar." Amberly menolak perlahan pintu kokpit itu.
"Ya Allah!" Adnan sungguh terkejut. Dia pantas menekup mulutnya.
"Pesawat ni dah tak ada pilot."Amberly mengesat air matanya. "This is the end."
"So that's it? Macam nak mati kita berebut naik pesawat ni...Akhirnya kita end up mati."celah Natalia yang mendengar segala perbualan Amberly dan Adnan.
"Kita semua akan mati."balas Adnan bersahaja.
"Tapi bukan cara ni."tegas Natalia.
"Dia punya sembang mengalahkan malaikat maut."
"What?"
"Nothing."
"That's it guys. Now kita kena fikir cara nak selesaikan problem ni."celah Amberly.
"Kat dalam ni tak ada sesiapa yang pandai handle Boeing ke?"Natalia menyoal.
"Not sure. Tapi takkan kita nak tanya."
"Why?"soal Natalia lagi.
"Panik. Diorang akan panik."kata Adnan.
Mereka bertiga buntu.
-----
"Engko rasekan ni setan!" Haji Muiz menghentak salah seekor zombi yang cuba menyerangnya dengan kayu hoki. Berkecai kepala zombi itu. Darah zombi merecik ke bajh pagoda putih yang dipakai Haji Muiz. Haji Muiz ketawa bagai orang hilang kewarasan.
"Arghh!"Jamie mengerang kesakitan setelah tangan dan perutnya berjaya digigit oleh seekor zombi.
"Jamie!"teriak Aaron yang sedang bergelut dengan zombi-zombi yang tidak menampakkan tanda untuk mengalah.
"Semua pergi masuk ke dalam kenderaan yang dah dihidupkan enjinnya!"arah Haji Sabirin.
Azim menekan-nekan hon ambulans. Aaron dan Yusrina mengangkat Jamie untuk masuk ke dalam ambulans. Jamie menahan kakinya. "Leave me here."
"What? No!"Aaron gigih mengangkat Jamie.
"Please stop. I'm infected."rayu Jamie sambil mengesat air matanya. "Go."
"But..."
"Ikut prosedur. Pergi sekarang. Now!" Aaron terus memeluk erat Jamie. Begitu juga Yusrina. Azim yang memerhati dari dalam van ambulans itu muka sebak. Air mata mula bertakung.
"Thanks for everything."ucap Aaron.
Jamie tersenyum.
Azim memandang sekeliling. Tiga buah van, sebuah lori dan tiga buah kereta sudah bergerak semakin jauh. Yang tinggal di kem itu hanyalah van ambulans dipandu Azim dan sebuah Proton Exora yang dipandu oleh Haji Sabirin. Di dalam Proton Exora itu terdapat Haji Sabirin, Haji Muiz, Hajah Sakdiah, Ramona dan Jasmin.
"Tunggu apa lagi? Geraklah cepat."arah Haji Muiz.
"Sabar, kita tunggu depa sat."
"Nak tunggu buat apa. Tengok tu, siap peluk-peluk. Haram tu!"
"Muiz...udah ler. Dalam keadaan gini pun."
"Mana boleh Haji! Haram tetap haram!"
"Aku tau tu..."
"Abang Muiz! Cuba jangan ketegaq sangat. Dalam keadaan gini pun."adiknya, Ramona mula geram. Haji Muiz terdiam.
"They are waiting for you guys. Go."arah Jamie.
"You'll need this."Azim yang tanpa disedari turun memberikan sebatang stering lock.
"Thanks Azim."
Mereka bertiga pergi dengan hati yang berat. Van ambulans bergerak perlahan. Pintu belakang ambulans itu tidak ditutup. Yusrina mula menangis.
"Good luck guys!"teriak Jamie.
Van ambulans dan kereta MPV Haji Sabirin tidak kelihatan lagi. Kini tinggal Jamie dan beberapa mayat zombi yang bergelimpangan. Sebahagian kecil mayat bergelimpangan agak dikenalinya memandangkan ada yang terkorban serangan zombi fasa pertama kem itu. Bunyi erangan zombi-zombi dari jauh mula kedengaran. Jamie harus menempuh fasa yang kedua.
YOU ARE READING
VIRUS
TerrorSatu wabak misteri mengubah jutaan manusia menjadi mimpi ngeri. Sekumpulan manusia yang masih berdiri bergelut menyelamatkan nyawa sendiri. Ada yang penting diri dan ada yang menyendiri. Demi mencari solusi yang tak pasti.