BAB 4

772 48 0
                                    

"Mustahil tak seseorang manusia untuk terselamat dari sebuah pesawat yang terhempas?"soal Natalia bersahaja.

Yang tahu soal kapal terbang itu sudah tiada nakhoda hanyalah Amberly, Natalia, Adnan dan Joe. Joe yang mencuri-curi dengar perbualan mereka tadi terus menyertai perbincangan itu.

"Tak mustahil."jawab Joe.

"Sebabnya?"Natalia skeptikal.

"Korang ingat aku ajak korang ke kelas ekonomi yang paling hujung ni sesaje ke?"celah Joe.

"Maksud you?"soal Amberly.

"Mengikut statistik yang aku tak ingat dari mana sumbernya, peratusan penumpang yang berisiko untuk mati lebih awal adalah penumpang yang duduk dekat business class tu."

Suasana terdiam seketika. "Carry on."kata Amberly yang berminat dengan penjelasan Joe. Siapa sangka seorang pencuci tandas di KLIA mempunyai general knowledge seperti ini.

"Imagine kalau kapal terbang tu terhempas. Selalunya akan terhempas dari depan dari bahagian pengendali tu dulu. Dari bahagian pilot. Dan impak yang datang dari depan akan terus mara ke bahagian yang berdekatan contohnya bussiness class dan sebahagian kecil economy class yang kat belah depan-depan tu."jelas Joe lagi.

Mereka semua mengangguk faham.

"Aku ajak korang ke belakang ni sebab bila kita fikir balik, mana ada kapal terbang terhempas dari belakang? Betul tak. So aku bawak korang semua ke sini sebagai ikhtiar nak selamatkan nyawa koranglah."

"So...should we tell them?" Amberly memandang penumpang-penumpang pesawat itu yang terdiri daripada warga emas, wanita serta kanak-kanak kecil yang baru belajar mengenal dunia.

"I don't think so. Bahaya."kata Adnan. "Kalau nak pun kena buat strategi. Tak boleh buat announcement macam tu jer."

"Bukan nak penting diri. Tapi ada betulnya kata si Adnan."Joe menyokong pendapat Adnan.

Amberly terdiam. Dia tahu mengapa Adnan dan Joe tidak bersetuju dengan cadangannya untuk memaklumkan kepada mereka. Jika Amberly berbuat demikian, sudah pasti akan tercetusnya suasana panik. Mereka akan berebut-rebut, berhimpit demi menyelamatkan nyawa yang tidak diyakini akan kekal lama. Bayi kecil yang tidak bersalah sudah pasti akan menjadi mangsa. Semuanya sudah jelas semasa kejadian membawa masuk penumpang ke dalam pesawat yang berlaku beberapa jam yang lalu.

"Aku ada idea."Natalia bersuara.

"Apa dia?"soal Joe.

"Kita suruh diorang bergerak secara berperingkat. Kita mula dekat economy class dulu sebab business class ni orang-orang dia banyak songeh sikit. Yang dekat economy ni menurut je."

----------

"Macam mana boleh jadi lagu ni?"Haji Sabirin mula kusut.

"Saya pun tak tahu haji. Masa depa terus jalan saya tak boleh buat pape. Nak hon suruh diorang berhenti, takut tarik perhatian zombi-zombi tu pulak."jelas Amin.

"Ini semuo engkorang punya pasal le. Kalau dok terhegeh-hegeh takde la jadik lagu ni."Haji Muiz menyalahkan Aaron dan Yusrina.

"Ini bukan masanya nak bertekak. Sekarang ni kumpulan kita makin kecik. Kita kena fikir mana diorang pergi. Tambahan pula, bekalan makanan semua dengan mereka. Mahu tak mahu kita kena cari jugak mereka tu."balas Haji Sabirin yang merujuk kepada keadaan di situ yang hanya tinggal dua buah kereta, sebuah van dan sebuah ambulans.

"Abang...dah cakap belum dengan Ustaz Sabirin?"soal Asiah kepada suaminya yang sedang menunggu di dalam kereta bersama anak lelakinya.

"Belum. Nanti saya cakaplah."

"Saya risau lah pasal mak, kak Milah, Ujang...Tolonglah bang."

"Yelah! Yelah!"Amin mendengus.

Amin berjalan perlahan-lahan ke arah Haji Sabirin. Serba salah dia nak memaklumkan bahawa dia perlu keluar dari kumpulan itu untuk pulang ke kampung halaman isterinya bagi menyelamatkan keluarga mertuanya.

"Err...Ustaz.."

"Ye Amin? Awat?"

"Saya ada benda nak habaq ni."

"Pe dia? Habaq je lah."

"Saya dengan isteri nak pi balik kampung kat Kuala Pilah sana. Mak dengan abang,kakak ipar saya masih dekat sana."

"Jadi kamu tak boleh sertai kami lah ni?"

"Nampak gayanya cemtulah."

"Hmm...takperlah, kamu pergilah buat apa yang patut. Tapi perlu ke sekarang? Malam ni. Gelap lagi. Tak boleh tunggu cerah sikit?"

"Kami nak kena cepat, takut ada pape jadi dekat keluarga mertua saya tu."

Haji Sabirin mengangguk faham. Selang beberapa minit, kereta Naza Ria itu menderu pantas. Amin dan isterinya sempat melambai ke arah Haji Sabirin dan penghuni-penghuni kem itu. Proton Ixora milik Haji Sabirin, ambulans yang dipandu Azim serta van katering milik Zainab menghala ke arah yang sama. Amin dan keluarganya menghala ke arah yang lain. Mereka semua memulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

----------

Hampir setengah jam Natalia dan Amberly mengalihkan penumpang ke belakang. Beberapa orang pramugara dan pramugari lain turut membantu setelah mendengar penjelasan dari Amberly.

Rafizi bangkit dari 'tidur'. Dia bukan Rafizi yang dulu. Dia kini sudah tiada bezanya dengan Kapten Zamri. Rafizi berdiri. Zamri hanya memandang kosong. Berbeza dengan Rafizi, Zamri masih terikat dek tali pinggang keledar manakala Rafizi sudah dari awal lagi membuka tali pinggang keledar kerana mahu ke tandas sebelum berubah menjadi zombi. Rafizi terlanggar stereng kapal terbang itu sehingga membuatkan pesawat itu terus menderu ke bawah secara mendadak.

Suasana hingar bingar mula kedengaran. Penumpang-penumpang serta kru-kru kabin yang berada di bahagian kelas bisnes mula terkontang-kanting. Natalia yang hampir terjatuh sempat disambut Joe dan Adnan yang sudah terikat dek tali pinggang keledar. Amberly sempat berpaut pada salah sebuah kerusi penumpang di bahagian kelas bisnes.

Kedudukan pesawat itu semakin lama semakin merundum ke bawah. Jeritan dan teriakan mula kedengaran. Penumpang-penumpang di bahagian kelas ekonomi paling belakang hanya mampu bersimpati, tidak mampu membantu kerana mereka memikirkan akan keselamatan nyawa sendiri yang lebih penting.

Pesawat itu terhempas ke sebuah kawasan lapang di Hulu Langat. Kipas pada saya kiri pesawat itu meletup dan terbakar. Bahagian hadapan pesawat itu hancur meletup dan terbakar. Amberly serta beberapa kru kabin yang berada di hadapan maut. Begitu juga dengan para penumpang di kelas bisnes. Ada yang hidup namun nyawa-nyawa ikan.

Walaupun cadangan Joe dapat menyelamatkan sebahagian nyawa penumpang yang berada di kelas ekonomi paling belakang, namun bukan semua yang terselamat. Ada yang terkorban akibat impak letupan kipas pesawat itu. Ada juga yang meninggal akibat sesat nafas.

Bunyi letupan dan api yang marak serta kepulan asap berjaya menarik perhatian zombi-zombi yang berada di kawasan sekitar. Mereka harus cepat beredar atau usaha mereka ini hanya akan menjadi sia-sia.

VIRUSWhere stories live. Discover now