Hari ini Shakira amat gembira kerana kawan baiknya ada bersama
"Katrina!!" jerit Shakira
"Shakira!!" jerit juga Katrina
"Rindu engkau, hidup aku sunyi tanpa kau" jawab Shakira
"Rindu kau juga, mak aku sakit semalam, lagipun aku anak tunggal so aku lah yang kena jaga. Ayah aku tu pun bukannya sihat sangat" jawab Katrina dengan nada yang sedih.
"Takpe lagipun itu kan Mak dan Ayah kau. Aku doakan supaya cepat sembuh ye" jawab Shakira dengan mesra.
Lalu mereka melakukan kerja dengan baik dan memberi layanan mesra kepada pesakit.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan macam selalu mereka akan makan di satu restoran yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Di situ Shakira menceritakan perkara yang berlaku semasa dia sedang bekerja kepada Katrina
"Wei nak dengar cerita tak" Shakira bertanya
"Apa dia" jawab Katrina
"Haritu aku lalu dekat satu tempat yang agak gelap di tingkat 14 hospital" Shakira bercerita
Katrina dapat tahu apa yang akan dikatakan oleh Shakira tersebut.
"Kau dengar bunyi kan?" jawab Katrina
"Haah. Eh mane engkau tahu!?" balas Shakira
Lalu Katrina menceritakan kepada Shakira
"Sebenarnya dekat tingkat 14 hospital itu pernah berlaku kebakaran. Ramai yang terkorban dalam kebakaran itu. Tapi time tu pihak bomba terdengar bunyi meminta tolong, tetapi pihak bomba tidak dapat menyelamatkan mangsa tersebut kerana api itu terlalu marak. Ada orang kata roh mangsa masih berada di situ dan kebanyakkan pekerja sudah alami kejadian seperti itu." Katrina menceritakan kepada Shakira dengan yakin.
"Maksudnya roh orang itu masih merayau-rayau dekat kawasan tingkat 14 itu?" tanya Shakira
"Haah" jawab Katrina
Shakira yang tidak pernah takut akan benda 'mistik' mula berasa takut dan gementar.
Shakira dan Katrina menghabiskan makanan dengan segera dan pulang ke hospital untuk sambung bekerja.
Shakira termenung kerana teringat akan cerita Katrina itu. Shakira tidak ingin lagi pergi ke tingkat 14 itu.
Jam menunjukkan pukul 6 petang dan Shakira dan Katrina menuju ke arah kereta masing-masing untuk pulang ke rumah.
Di dalam kereta Shakira teringat lagi akan cerita Katrina itu lagi.
"Ishh betulkah ape yang Katrina cerita itu, ke dia saje je nak kenakan aku. Eh takkanlah dia kawan baik aku takkan dia mahu buat macam itu" bisik Shakira dengan hairan
Jalan menuju ke rumah nya sesak kerana terdapat satu kemalangan besar yang membabitkan 2 lori 6 kereta dan 4 motorsikal. Semua yang terlibat dalam kemalangan maut ditempat kejadian.
"Dasyat betul kemalangan ini" bisik Shakira.
Dalam perjalanan tersebut Shakira melihat kejadian tersebut. Kemalangan itu amat ngeri kerana semua mangsa yang maut itu semuanya tanpa kepala.
Selepas mengharungi kesesakan tersebut, jalan sudah tidak sesak dan Shakira meneruskan perjalanannya.
Tiba-tiba..
Shakira terdengar suara meminta tolong di tempat duduk belakang keretanya itu.
"Tolong saya~~" suara misteri
Shakira melihat di belakang tetapi tiada sesiapa yang berada di tempat duduk belakang.
Jantung Shakira berdegup kencang, lalu Shakira memasang CD yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.
Shakira selamat sampai ke rumah nya itu dan segera masuk ke rumah.