Selepas kejadian yang menakutkan menimpa Katrina dan kawan-kawannya, Katrina meminta izin daripada bos nya untuk memanggil seoranh ustaz untuk menghalau benda yang berada dalam badan Shakira itu.
Katrina berjumpa dengan seorang ustaz yang bernama ustaz Khairul dan menceritakan tentang kejadian yang berlaku di hospital
"Takpelah Katrina saya akan buat apa yang saya mampu. Saya minta supaya kawan awak semua hadir dengan membawa sebotol air yang sudah dibaca dengan surah yasiin dan ayat kursi" jawab ustaz
"Baiklah ustaz. Terima kasih ustaz" jawab Katrina
"Sama-sama" jawab ustaz.
Malam itu semua kawan-kawan termasuk Katrina membawa sebotol air yang sudah dibacakan dengan ayat suci Al Quran.
"Ustaz saya sudah buat apa yang ustaz suruh petang tadi" tanya Katrina
"Baiklah mari kita pergi berjumpa Shakira" jawab Ustaz Khairul
Lalu mereka pun menuju ke bilik Shakira. Keadaannya sudah lain dan lebih menakutkan. Mereka tidak henti membaca ayat kursi. Namun Ustaz Khairul tidak gentar akan semua itu.
Lalu mereka pun tiba di bilik Shakira. Ustaz Khairul dapat merasakan satu tenaga yang kuat muncul daripada bilik yang diduduki oleh Shakira.
"Lebih baik awak semua tunggu di luar sahaja" jawab Ustaz Khairul.
Mereka semua pun tunggu di luar bilik Shakira. Ustaz Khairul yang tidak takut walaupun sedikit masuk ke dalam bilik Shakira.
Keadaan di dalam bilik itu sungguh gelap dan menyeramkan dan terdapat lambang-lambang yang pelik.
Ustaz itu pergi dekat dengan Shakira dan bercakap dengan benda yang ada dalam badan Shakira itu.
"Mengapa engkau mengacau anak Adam ini" Tanya Ustaz Khairul
"Siapakau, jangan nak kacau aku, pergi engkau dari sini" jawab benda itu.
"Aku tidak mengacau dia, dia yang mengganggu aku" jawab benda itu
"Siapa nama kau!?, baik kau jawab sebelum ko terima padahnya" tanya Ustaz Khairul dengan marah
"Hahahahahaha, benda apa sahaja yang boleh engkau lakukan haa" jawab benda tu.
Ustaz Khairul membuka satu botol air dan membaca sedikit ayat-ayat suci dan membaling air ke arah Shakira.
"Arghh!! Panas!! Arghh!!" jerit benda itu.
"Baik kau cakap siapa nama engkau, kalau tidak aku buat engkau panas lagi" tanya Ustaz Khairul dengan serius.
"Jangan Ganggu AKU!!!!!!!!!!!!" jerit benda itu.
Apa yang berlaku selepas itu..nantikan