Keesokan harinya Katrina mendapati Shakira tidak datang bekerja
"mane Shakira ni dia tak datang ke" bisik Katrina
Selepas puas mencari Katrina membuat keputusan untuk pergi ke rumah Shakira
Selepas beberapa puluh minit Katrina sampai di rumah Shakira
"Assalamualaikum Shakira" Katrina beri salam.
"Waalaikumussalam" Shakira menyahut
"Wei asal tak datang kerja" Tanya Katrina
"Aku tak sihat lah aku demam panas" Jawab Shakira
"Demam panas!! jom aku bawak pergi klinik" Katrina jawab dengan muka yang agak terkejut
"Takpelah aku ade ubat" Jawab Shakira dengan nada yang perlahan
"Betul ni!?" Tanya Katrina
"Betul" jawab Shakira
Lalu Shakira mempelawa Katrina masuk ke rumah. Katrina dan Shakira berbual-bual di ruang tamu. Katrina bertanya bagaimana Shakira boleh terkena demam panas
"Wei macan mane kau boleh demam ni" tanya Katrina
"Entahlah, aku bangun dari tidur je terus aku rasa badan aku ni panas. So aku buat keputusan aku tak pergi kerja harini." jawab Shakira
"Owhh" jawab Katrina
"Kenapa kau datang rumah aku ni?.Kau tak kerja ke harini?" tanya Shakira
"Aku datang nak tengok kau lah tiba-tiba je tak datang kerja. Aku pun pelik lah sebab tu aku datang" jawab Katrina
"Owh terima kasih lah sebab melawat aku" jawab Shakira
"Sama-sama" jawab Katrina dengan nada gembira
"Dah lah aku dah lambat ni aku pergi kerja dulu ye nanti bos marah pulak" tanya Katrina
"Hmm OK drive elok-elok tau bye" jawab Shakira
"Bye" jawab Katrina
Katrina pulang semula ke tempat kerja nya. Shakira rasa bersalah kerana menipu kawan baik nya itu tentang bagaimana dia boleh demam panas. Dia tidak mahu mengungkit peristiwa yang menimpanya itu.
Misteri Tingkat 14~~
Shakira ingin beritahu hal sebenar tetapi takut kawannya juga akan menimpa nasib yang sama seperti yang pernah menimpa Shakira. Lalu Shakira membuat keputusan untuk berdiam diri.
"Aku akan rahsiakan perkara ini sampai bila-bila" bisik Shakira.