Kacau

273 13 2
                                    

Selepas dua hari Shakira mengambil cuti, dia kembali bekerja semula tetapi dengan perasaan yang agak kacau di hatinya..

Shakira pergi ke tempat kerja agak lewat dan berkeadaan tidak kemas rambut kusut masai. Katrina kawan baiknya pelik dengan keadaan Shakira dan pergi bertanya.

"Wei Shakira asal kau macam orang tak mandi ni!?" tanya Katrina

"..." tiada jawapan daripada Shakira malahan hanya berdiam diri dengan mata terbuka besar

"Wei Shakira kau OK ke tak ni!?" tanya Katrina dengan nada yang pelik

"OK!. Dah jangan sibuklah" jawab Shakira dengan marah

"OK fine!" jawab Katrina dengan marahnya

"Hishh apahal dengan Shakira tu" bisik Katrina

Lalu Katrina pergi meninggalkan Shakira. Shakira yang dari tadi duduk sahaja dan tidak bergerak walau sedikit pun.

Muka Shakira akan berubah-ubah menjadi takut, marah, sedih, dan gembira seperti orang gila. Shakira seperti sudah tidak betul dan tidak tentu arah.

Tepat pukul 10 malam Shakira pulang kerja dengan muka yang takut seperti ada sesuatu yang sedang ekori dia.

Semasa dalam perjalanan pulang tiba-tiba satu suara berkata kepadanya.

"Mengapa engkau lariii..hahahaha" suara misteri berkata dengan seram

"Mengapa engkau lariii!!!" suara misteri itu lagi

"Jangan kacau aku!!" jawab Shakira dengan nada takut

"Apa kau nak!!" jawab Shakira lagi

"Apa aku nak. Aku nak BUNUH KAU!! Hahahahaha!!" jerit suara itu dengan seram

Lalu Shakira takut dan akhirnya kemalangan semasa hendak pulang ke rumah. Shakira dibawa ke hospital tempat dia bekerja dan mengalami sakit mental dan ditempatkan di ICU "tingkat 14"

Punca kemalangan akibat di 'kacau' sesuatu tetapi bagi pihak berkuasa menggagak punca kemalangan akibat mengantuk semasa memandu.

Siapakah atau benda apakah yang telah mengacau Shakira sehingga mengalami sakit mental...

Misteri Hospital AmpangWhere stories live. Discover now