Shakira memulakan kerja nya hari ini dengan perasaan sedih kerana kawan baiknya Katrina terpaksa pulang ke kampung kerana Mak nya sakit tenat.
"Haih bosannye hari ini" bisik Shakira dengan nada yang sepi.
Man pula ternampak Shakira termenung lalu terus pergi ke arahnya.
"Shakira!" Man memanggil
"Oh man, ada apa?" Shakira bertanya
Mereka pun bersembang-sembang dengan mesra. Muka Shakira yang tadi sedih kini tidak seperti itu lagi.
Ring ring..bunyi ringtone telefon Shakira berbunyi. Dia melihat ke arah telefon nya dan nampak bos nya yang telefon.
"Ye bos ade ape?" jawab Shakira
"Hari ini awak jaga seorang pesakit di tingkat 14 sampai esok pagi" balas bos nya
"Ti..tin.tingkat 14!!" jawab Shakira dengan perasaan yang bercampur-baur
"Ye tingkat 14. Kalau awak dapat jaga sampai esok pagi saya akan beri awak gaji" balas bos nye
Shakira yang sekarang memang memerlukan duit untuk menampung hidup nya terpaksa menerima dengan hati yang terbuka.
Jam menunjukkan pukul 12 malam dan Shakira bergerak ke tingkat 14 menaiki lif.Perasaan Shakira takut dan di dalam hatinya tidak habis mengucap ayat-ayat suci.
Shakira sampai ke tempat yang berlakunya kebakaran yang dasyat menyebabkan ramai terkorban.
Keadaan di tingkat 14 agak malap kerana lampunya sudah lama. Hati Shakira berdengup kencang tetapi dia harus kuat.
Shakira melihat keadaan sekeliling dengan perasaan takut.
"Seramnya tempat ni. Kenapa diorang tak tutup je kawasan ni." bisik Shakira.
Tiada sesiapa pun pekerja yang berada di tingkat tersebut kerana malam tersebut giliran Shakira untuk menjaga pesakit di tingkat 14.
Menurut bos nya, pesakit itu di dalam bilik 303. Pesakit tersebut mengalami gangguan mental dan pesakit untuk pesakit mental hanya di tingkat 14 sahaja.
Shakira mencari bilik 303.
" Haishh mana bilik 303 ni, dah lah seram dekat sini." bisik Shakira dengan perasaan takut.
Akhirnya Shakira jumpa bilik 303. Bilik tersebut terletak di hujung diantara bilik-bilik. Jalan ke arah bilik tersebut juga agak seram kerana tiada lampu di sepanjang jalan menuju bilik 303 itu.
"Seramnyaa, Ya Allah kau lindungilah aku". Bisik Shakira dalam hati.
Shakira memasuki ke dalam bilik tersebut. Keadaan di dalam bilik tersebut amat sunyi dan terdapat banyak tulisan-tulisan pelik di dinding.
Tiada sesiapa yang berada di dalam bilik tersebut. Shakira berasa pelik dan hairan."Kalau tak silap inilah bilik pesakitnya, tapi sorang pun takde dalam bilik ni." pelik Shakira
Shakira mencari di sekitar untuk mencari pesakit tersebut, namun tiada sesiapa. Bulu roma Shakira sudah mula naik.
"Adik..." bunyi pelik datang entah dari mana.
"Si.si.siapa tu!!?." takut Shakira.
Shakira berasa amat takut.
"Jangan takut jangan lari, heheheh." bunyi pelik itu ketawa.
Shakira terus berlari ke tingkat 1 dan terus pulang ke rumah.