Chip chip, bunyi burung-burung pipit berbunyi dan bermulalah perjalanan hidup Shakira apabila permohonan untuk bekerja di Hospital diterima.Shakira sungguh gembira dan tidak sabar untuk memulakan kerjaya nya sebagai seorang jururawat.
"Yess tak sabar nya untuk bekerja" bisik Shakira dengan perasaan yang gembira.
Shohh.., bunyi air yang kedengaran di dalam bilik air.Shakira memakai uniform jururawat yang baru sahaja beli.Shakira memakai dengan kemas sekali supaya tidak dipandang hina oleh orang lain.
"Okay Shakira you can do it" bisik Shakira supaya keyakinan nya untuk bekerja hadir.
Shakira mengambil barang 'peribadinya' dan disimpan di dalam beg tangannya.Shakira mengunci rumah dan keluar rumah dengan 'bismillah'.Vroomm, bunyi kereta perodua myvi nya berbunyi.Shakira memulakan perjalanannya dengan doa supaya perjalanan selamat.
Selang 40 minit kemudian Shakira selamat sampai ke tempat yang dituju nya.
"Alhamdullilah sampai juga" Bisik Shakira.
"Hai semua" Shakira menyapa semua pekerja disitu.
"Hai" jawab semua pekerja di situ
Shakira meneruskan perjalannya ke arah bilik bos nya.
"Assalamualaikum bos" Sapa Shakira
"Waalakumussalam" jawab Bos nya dengan mesra.
Shakira duduk dan bersembang sebentar dengan bos nya itu.
"Shakira awak boleh mulakan kerja awak. Saya harap awak dapat bekerja dengan baik" tegas bos nya berkata.
"Terima kasih bos, insyaallah saya akan bekerja dengan baik sekali" jawab Shakira dengan tegas
Shakira memulakan pekerjaannya dengan menyapa pekerja-pekerja di situ. Lalu ade seorang menyapanya dari belakang.
"hai saya Katrina selamat berkenalan" sapa Katrina dengan mesra.
"hai saya Shakira" jawab Shakira dengan mesra
Lalu mereka bersembang-sembang dengan mesra dan telah menjadi kawan baik.
Shakira gembira dengan pekerjaannya. Shakira melakukan kerjanya dengan baik sekali dan Shakira amat disenangi oleh rakan sekerjanya. Shakira berharap tiada apa-apa masalah yang akan dialaminya semasa bekerja di situ.