Lari

270 13 2
                                    

Selepas Shakira mengalami kemalangan, dia mengalami gangguan mental dan ditempatkan di ICU tingkat 14. Shakira masih berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Doktor mengetahui bagaimana Shakira boleh jadi gangguan mental sebab sebelum Shakira koma dia selalu menjerit dan menangis tanpa sebab.

Katrina sedih melihat kawan baiknya itu terlantar di ICU. Lalu dia pergi melawat kawan baiknya itu bersama-sama kawan-kawannya yang lain.

Perasaan mereka bercampur sekejap takut sekejap sedih kerana teringat akan cerita yang mengerikan yang berlaku di tingkat 14. Namun mereka semua menguatkan hati untuk melawat Shakira.

Nurse 1 " Seram sejuk aku naik dekat tingkat ni" nurse itu berkata dengan nada yang takut.

" Dah jangan cakap yang bukan-bukan fikir benda yang positif je OK " Katrina menjawab

Mereka meneruskan perjalanan ke arah bilik Shakira yang terletak di hujung tingkat tersebut. Tiada seorang pesakit ataupun nurse yang berada di tingkat 14 itu.

Selepas beberapa minit, mereka sampai ke bilik Shakira. Keadaan di situ agak gelap dan sukar untuk dilihat. Mereka menggunakan lampu kecemasan untuk melawat Shakira di bilik nya.

"Shakira kitorang datang melawat kau ni" Katrina berkata.

Katrina memasuki bilik Shakira dan melihat dia masih berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri.

Mereka semua berborak tentang Shakira yang selalunya ceria dan sebagainya.

" Haishh kenapalah boleh jadi macam ni Shakira" Katrina mengeluh.

Mereka duduk dan menunggu untuk Shakira sedar sambil berbual-bual.

Selepas sejam, Shakira tersedar dari koma nya. Katrina dan yang lain-lain gembira melihatnya.

Tetapi kegembiraan diorang hanya sementara sahaja kerana Shakira membuat perkara yang pelik selepas sahaja tersedar. Suara Shakira berubah menjadi garau dan banyak darah mengalir dari mulutnya. Katrina dan yang lain-lain berasa takut.

" Sha..shakira kenapa dengan engkau ni" Katrina bertanya

" Baik korang semua lari sebelum aku " jawab sesuatu yang bukannya Shakira

" Sebelum apa Shakira!? " tanya Katrina

" Sebelum aku bunuh korang semua!! " satu suara yang amat garau dan seram muncul.

Keadaan menjadi kelam-kabut, lampu sekejap menyala, sekejap padam. Mereka semua berada dalam ketakutan dan lari lintang-pukang. Benda yang ada di dalam badan Shakira hanya tergelak-gelak melihat mereka semua lari.

" Lari..lari!! sebelum aku bunuh! hahahaha "suara di dalam badan Shakira berkata.

Mereka semua mengambil barang masing-masing dan terus keluar dari hospital.

Keadaan di hospital sangat kelam-kabut dan kucar-kacir yang menyebabkan mereka lari bertempiaran kerana ketakutan.

Persoalannya suara siapakah atau apakah yang berada di dalam badan Shakira itu...

Bilakah perkara ini akan tamat. Semoga berjaya melepaskan diri..

Misteri Hospital AmpangWhere stories live. Discover now