"Song Ji Hyo!!!"
Jihyo yang masih mamai bangun dari lenanya. Dia memerhati ke sekeliling kelasnya. Semua pelajar masih sibuk bermain dan bergelak tawa. Selang itu dia berpaling pula kearah kekasih hatinya Taehyung yang berada di sisi.
"Apa kau nak? Pergi kerja jadi beruk dekat zoo lah kalau nak menjerit-jerit." Soal Jihyo dingin. Mengganggu ketenteraman je.
"Bangunlah tak guna~!"
"Suka hati aku lah! Aku penat lah! Malam tadi aku tengok drama lama sangat... bagi lah aku tidur sekejap lagi." Omel Jihyo sambil merebahkan kepalanya keatas meja yang dipenuhi buku itu kembali.
"Aku tak kisah lah kalau kau nak tidur sekali pun. Tapi...." Tangan Taehyung menghampiri wajah Jihyo.
Jihyo terkejut melihat tangan Taehyung yang semakin menghampirinya.
"Tapi... bukan atas buku aku ni!" Bentak Taehyung sambil menarik laju bukunya yang berada dibawah kepala Jihyo.
Jihyo terpinga-pinga. Hal kecik pun nak marah?
"Yarshhh!! Tengok lah ni! Buku matematik aku dah ber'peta'!!! Ni bukannya buku sejarah lah!!!" Lantang sahaja Taehyung berteriak sambil memegang buku tulisnya menggunakan hujung jarinya. Buku tulisnya itu dibasahi dengan air liur Jihyo.
"Alah... sikit je pun." Jihyo terus mengesat pipinya yang masih berbekas kesan air liur tadi.
"Eiii~ sikit kau kata? Kau ni pengotor betul lah devil~!"
"Alah~! Tak payah lah marah!" Jihyo yang mula rimas dengan bebelan Taehyung terus meninggikan suaranya bagi menepis kata² lelaki itu.
"Eii! Mestilah marah! Mana boleh tak marah!"
Jihyo kembali menjatuhkan kepalanya ke meja. Wajah Taehyung ditatap dengan mata yang bagai bercahaya sinarnya. "Simpan buat kenangan ye?" Ujar Jihyo dengan senyuman manisnya.
Dub! Dab! Dub! Dab!
Berdegup kencang jantung Taehyung apabila melihat mata Jihyo yang terkedip-kedip dari tadi. Lantas lelaki itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Alah? Merajuk ke?" Jihyo mengangkat semula kepalanya dan ditongkat pula dagunya keatas meja.
"Diam lah." Dingin sahaja nada Taehyung.
Jihyo tersenyum kecil. Dia mencapai pembaris besi yang berada di atas meja. Perlahan-lahan pinggang lelaki itu dicuit menggunakan hujung pembarisnya.
Taehyung menepis pembaris Jihyo kasar. Dia langsung tidak mahu berpaling kearah Jihyo.
"Alaa~ jangan lah merajuk." Jihyo masih cuba memujuk. Kali ini rambut lelaki itu pula dikuis-kuis menggunakan hujung pembarisnya.
Sekali lagi Taehyung menepis dengan kasar.
Air muka Jihyo serta merta berubah. Jihyo bangun dari tempat duduknya dan mengetuk kepala Taehyung menggunakan pembaris besi itu.
Ktuk! Kuat betul bunyinya.
"Aduh!" Taehyung memegang bahagian kepalanya yang diketuk Jihyo. "Yaa~! Devil yeoja! Kau gila ke?!" Bentak Taehyung geram dengan mata yang berkaca menahan kesakitan. Gila tak sakit? Pembaris besi tu~
"Ouh? Sakit ke? Meh aku cuba sekali lagi." Jihyo menghayun pembaris besinya tinggi.
"Jangan lah~!!!!" Tempik Taehyung lantang.
Jihyo mematikan langkahnya sebelum tersengih kecil. Perlahan-lahan Jihyo meletakkan pembarisnya itu kembali keatas meja.
"Sakit ke? Meh aku tengok mana yang sakit tu."
Tanpa teragak-agak Taehyung menghulurkan kepalanya pada Jihyo. Bahagian yang diketuk Jihyo tadi terus diusap tanpa henti.
"Kat sini ke?" Soal Jihyo sambil menyentuh lembut kepala Taehyung.
Anak mata Taehyung masih berkaca. Dia mengangguk perlahan-lahan dengan muncung yang panjang.
Ktuk!
"Aduh~!"
Sekali lagi pada tempat yang sama Jihyo mengetuk kepala Taehyung. Kali ini dia menggunakan jarinya.
"Sakitlah devil yeoja~!!!"
"Hahha... pabo." Jihyo mengejek sebelum melangkah keluar dari kelas tanpa menghiraukan Taehyung.
Buk!
Baru sahaja Jihyo melangkah keluar dari kelas tiba² dia dirempuh sahabat baiknya Irene.
Wajah Irene masam mencuka. Pandangannya tajam sahaja tanpa hala tuju.
"Kau kenapa Irene? Muncung tajam mengalahkan burung."
Irene tidak menjawab soalan sahabatnya itu. Langkahnya terus diatur mendapatkan tempat duduknya di hujung kelas.
Selang itu, tampil Jungkook pula dengan wajah masamnya.
"Hah? Yang ni pun sama? Masam jugak? Korang kenapa?" Soal Jihyo lagi.
Soalan Jihyo sekali lagi tidak diendahkan. Lelaki itu terus melabuhkan punggungnya ditempat duduknya bersebelahan Irene tanpa menghiraukan Jihyo.
"Aish... aku memang suka bila aku tanya orang tak jawab." Jihyo terus mengatur langkah laju kearah dua sahabatnya itu.
"Korang ni kenapa?!" Satu persatu kepala sahabatnya itu di ketuk.
"Aduh!" Serentak dua orang itu mengaduh kesakitan. Tajam betul jari Jihyo ni. Ber'lekuk' kepala dua sahabatnya itu diketuk.
Mereka berdua saling berpandangan. Masing² melemparkan jelingan maut antara satu sama lain.
"Jungkook ni lah! Aku dah cakap aku tak suka makan roti strawberi!" Irene mula menunding jari kearah Jungkook dengan nada yang amat marah.
"Alah! Aku dah beli makan je lah! Takkan nak membazir?!" Tepis Jungkook pula.
Taehyung memerhati dua sahabatnya itu dalam keadaan terpinga-pinga. Adakah ini deja-vu? Persoalan itu bermain diminda Taehyung.
Bersambung...
*hello guys. Please bg respon utk story ni... I need your comment.*
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja ||
De TodoYay! Bertemu kembali dalam siri yang kedua! Pelbagai masalah timbul lagi dalam edisi kali ini. Ada sahaja yang masing² tidak berpuas hati. Nantikan ragam empat sahabat baik ini! Segalanya dalam Pabo Namja VS Devil Yeoja ||