Part 15

1.4K 132 4
                                    

Jihyo terus berlalu. Dia membuat keputusan untuk ke rumah Jungkook kerana dapat meneka sahabatnya Irene berada di situ.

Baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah Jungkook, dilihatnya Irene sudah pun keluar dari rumah itu.

Dari jauh dia dapat melihat Jungkook mencubit mesra pipi Irene.

"Yarsh... bertuahnya budak lelaki ni." Getus Jihyo.

Jihyo terus berpaling untuk berlalu. Dia masih geram memikirkan perihal Nana. Tetapi dihatinya masih terdetik gembira buat Irene yang sudah berbaik dengan Jungkook.

"Eh, Jihyo!"

Kehadiran Jihyo disedari. Jihyo terus berpaling kearah Irene yang sedang berlari menghampirinya.

"Ah, Irene."

"Kenapa kau datang sini?" Soal Irene.

"Takde apa. Saja je nak tengok kau. Yalah kau pun tahu kau kena tipu." Jihyo mengusik nakal.

Irene melepaskan tawa kecil sebelum mencebik. "Hurm. Geram betul aku. Nasib baik lah Jungkook tu tak tahu apa²."

Jihyo terdiam. Dia hanya tersenyum sahaja. Diperhati sahaja wajah Irene sebelum bersuara. "Senang betul kau berbaik dengan dia. Tak macam Taehyung tu."

"Hurm?"

"Mentang² aku tengah marah dengan dia. Dia duk berkepit dengan Nana pulak. Eiii Nana tu....!"

❤❤❤❤❤

Zapp! Melekat peluru dart itu tepat pada wajah Nana yang ditampal diatas papan dart.

"Kalau aku dapat kau...!" Jihyo mencampak lagi peluru dart itu.

"Aku tampal engkau dekat situ!!" Dart yang ketiga dilempar. Semuanya tepat pada wajah Nana yang ditampal pada papan dart itu.

Nampaknya Jihyo ni jenis yang berdendam. Entah dari mana pulak dia dapat gambar Nana ni.

❤❤❤❤❤

"Jungkook!! Aku dah tak tahan~!" Air mata Taehyung seakan mahu mengalir. Kakinya asyik dihentak-hentak ke lantai dan tangannya pula laju menepuk-nepuk permukaan meja kafe itu.

"A.. apa yang kau tak tahan?" Soal Jungkook.

Pelanggan² di kafe itu sudah tertawa melihat tingkah Taehyung yang tidak kenal erti malu.

"Aku tak tahan dengan Nana tu!!! Arghhh!!! Menyampahnya~!!! Kenapa lah ada perempuan yang macam dia tu dekat dunia ni?!!!"

"Shh~! Kau ni... kalau iya pun jangan lah jerit² malu orang pandang."

"Ahhh!! Aku tak kira!"

Tiba² secara kebetulan seorang remaja lelaki melintasi meja Taehyung dan Jungkook.

"Kau!!" Taehyung menyergah lelaki itu. Nyaris tercampak minuman yang dibawa lelaki itu disebabkan tindakan Taehyung tadi.

"Kau jangan rapat dengan Nana tu! Kalau tak kau pun boleh jadi gila macam aku! Faham?!"

Lelaki yang terpinga-pinga itu hanya mengangguk. Matanya meliar kearah sahabat²nya yang memerhati. Nana pun dia tidak tahu siapa. Apa kena lah mamat sewel ni?

"Bagus! Budak bagus!" Taehyung terus menepuk punggung lelaki itu.

Merah wajah lelaki itu. Geram dan berbahang sahaja hatinya.

Buk!

Mata Taehyung lebam sebelah. Dia tatap sahaja wajah Jungkook dihadapannya. Pandangan kirinya kabur sedikit disebabkan tumbukan padu. Faham² sahaja lah siapa yang bagi.

"Apa salah aku?" Soal Taehyung pada Jungkook.

Jungkook menggeleng perlahan. "Pabo." Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Jungkook sebelum meneguk minumannya.

Dilihat oleh Taehyung lelaki tadi dan sahabat-sahabatnya sudah pun mahu membawa diri. Tiba² salah seorang daripada sahabat lelaki itu datang menghampiri mereka berdua.

"Sorry hyung. Kawan saya tadi tu 'gay'." Itu sahaja yang disampaikan oleh budak itu sebelum berlalu.

Namun, ayat itu cukup membuatkan darah mengalir dari hidung Taehyung. Taehyung rebah di situ juga.

"Tae.. Taehyung!"

Selang beberapa minit...

Taehyung duduk di sisi meja bersama hidung yang bersumbat tisu. Jungkook pula masih lagi menahan sisa tawanya.

"Dah lah! Jangan gelak lagi!" Amarah Taehyung membuak.

"Hehe... okay okay... aku tak gelak dah."

"Dah! Aku tak kira! Apa pun jadi, kau kena jumpa Jihyo dan explain dekat dia jugak! Plan bongok ni tak membantu langsung! Aku pun dah rimas dengan perempuan pelik macam Nana tu!!!" Bebel Taehyung. Naik bosan pula Jungkook dengan kata² Taehyung yang rancak menerkam telinganya.

"Ye lah. Tengok lah nanti macam mana."

"Yaa~! Jungkook! Kau kena bertanggungjawab!"

"Ah! Kau pun berhutang dengan aku! Kau kena ingat!" Sergah Jungkook kembali.

Kelu terus Taehyung apabila mendengar kata² Jungkook tadi. Tiba² Taehyung tertawa geli hati. Lucu setiap kali teringat tentang 'hutang'nya itu.

"Yarsh! Tak lawak pun lah!"

Bersambung...

*sorry guys... lepas ni maybe lama sikit baru update. Coz exam dah dekat sangat. Sorry.*

Pabo Namja VS Devil Yeoja ||Where stories live. Discover now