"Siapa menggatal?"
Apa lagi. Bagai nak terkehel kepala dua gadis ini untuk berpaling kearah pemilik suara. Eleh, Nana rupanya. Tahu lah tu orang sedang mengumpat dia.
"Eh? Tanya balik pulak? Takkan tak tahu?" Soal Jihyo kembali dengan senyuman sinisnya.
"Ha'ah, memang tak tahu pun! Apa masalah kau?" Sengaja pura² bodoh atau memang bodoh Nana ni?
"Dah tu? Nak tahu jugak ke?" Soal Jihyo lagi.
Nana hanya mengangkat kening saat soalan itu diajukan.
"Tak payah lah." Jihyo menarik senyuman menyampahnya sebelum berlalu pergi.
Irene yang dari tadi menyedut minumannya turut berlalu melihat Jihyo yang sudah meninggalkannya. Sebelum dia melangkah pergi sempat dia berbisik pada Nana. "Jangan asyik pura² bodoh. Takut jadi bodoh betul² pulak nanti."
Wajah Nana jelas merah tidak berpuas hati. Mahu saja dia cekik leher kecil Irene waktu itu.
❤❤❤❤❤
"Eh? Tu kan Nana?" Soal Jungkook pada Taehyung sambil menunding jari kearah Nana, Irene dan Jihyo.
"Dia buat ape pulak dekat situ?" Soal Taehyung pula. Cuak jugalah apabila Jihyo dan Irene juga disitu.
"Eh? Tanya aku pulak? Mana lah aku tahu."
"Cari gaduh dengan Jihyo lagi lah tu. Aku tak faham lah apa perempuan tu nak?" Taehyung mula berkerut menahan geram.
Jungkook terdiam sejenak. Sesuatu ligat bermain dikepala otak comelnya. Kepala otak pun comel. "Bagus jugak kalau ade Nana ni."
"Bagus? Bagus apanya?! Menyusahkan ada lah!"
Jungkook tersenyum sinis. Matanya dikerling kearah Taehyung. "Apa kata kau 'kambing hitam' kan dia?" Cadang Jungkook.
"A..apa?" Taehyung agak terkejut dengan perkara yang sedang bermain dikepala Jungkook. Apa otak sengal dia ni fikirkan?
"Heh! Urusan kau dengan Irene pun tak settle! Bagi cadangan keji pulak dekat aku!" Laju Taehyung membangkang. Serentak itu kepala Jungkook menjadi tempat tapak tangannya melepas geram.
"Aduh! Kau ni...! Hari tu kau mintak tolong! Ni aku tolong macam ni pulak perangai kau!"
"Keji sangat idea kau tu!"
"Apa masalahnya?! Muka dia pun memang muka keji! Sesuai lah!"
"Tapi..." Taehyung masih memikirkan idea Jungkook tadi.
"Tapi apa lagi? Kalau kau rasa kau dah boleh biarkan Jihyo tu pergi, biar je lah. Lain lah kalau kau ada idea lain."
Taehyung diam sejenak. Ada idea lain ke? Macam dah takde je.
"Tapi macam mana? Bahaya kalau dia tahu kita cuma kambing hitam kan dia."
"Sebab tu lah kau kena jaga². Buat elok². Jangan careless. Tapi jangan terlebih sangat. Takut Jihyo terus benci dekat engkau pulak."
Taehyung mengeluh lemah. Dia melemparkan pandangannya kearah lantai simen itu. "Kau ada apa² idea ke?"
Senyuman sinis terukir dibibir Jungkook. "Kalau idea² keji ni senang je nak carik."
"Kau serius ke ni membantu?" Taehyung masih lagi ragu².
"Jangan risau. Lepas kau berjaya dapat Jihyo balik, kau kena tolong aku dapat Irene balik." Jungkook sudah mula membuka cadangan.
"Okay... but aku tak yakin lah boleh berjaya."
"Boleh punya! Aku yakin!" Jungkook bertegas menyebabkan Taehyung pula ikut teruja.
"Bagus! Jom mulakan misi!" Taehyung terus membuka langkah dengan girangnya.
"Aku yakin... 20% je lah." Bisik Jungkook pula sendirian dari belakang. Apakan daya, ini sahaja idea yang ada sekarang ni.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja ||
AléatoireYay! Bertemu kembali dalam siri yang kedua! Pelbagai masalah timbul lagi dalam edisi kali ini. Ada sahaja yang masing² tidak berpuas hati. Nantikan ragam empat sahabat baik ini! Segalanya dalam Pabo Namja VS Devil Yeoja ||