Part 19

1.3K 132 8
                                    

Taehyung duduk dibangku kelasnya sendirian. Pandangannya tertumpu kearah permandangan diluar kelas.

"Tak boleh nak salahkan Jungkook. Tapi... takkan nak salahkan Jihyo?" Fikirannya masih lagi bercelaru memikirkan gadis kesayangannya.

Taehyung mengeluh lemah sebelum menghempaskan wajahnya ke meja. Lama² pandangan langit mula kabur. Taehyung letih, dia terlena diatas meja kelasnya.

Semua pelajar sudah pun beransur pulang. Tetapi Taehyung masih lagi terlena dan tiada siapa pun yang membangunkannya.

Jam sudah menunjukkan tepat 6 petang. Jihyo yang baru selesai dengan aktiviti kelabnya terus melangkah masuk ke dalam kelas mengambil beg sekolahnya untuk pulang.

Saat mencapai beg sekolahnya, anak mata Jihyo terpaku kearah susuk tubuh yang sedang lena di dalam kelas itu. Jihyo memperlahankan langkahnya.

"Mianhe." Terdengar suara itu di pendengaran Jihyo. Jihyo berkerut. Dia hanya melihat wajah Taehyung yang masih lena. Mengigau? Jihyo terus merenung wajah Taehyung. Apsal muka macam tu? Mimpi seram ke? Mulut Taehyung ditatap. Bibir lelaki itu terkumat-kamit seakan menyebut sesuatu.

Perlahan-lahan Jihyo menapak keluar kelas. Dia melangkah meninggalkan Taehyung yang masih lena itu sendirian. Tiba² satu imaginasi ligat bermain dimindanya.

☁☁☁☁☁

Langit sudah gelap.

Taehyung merangkak-rangkak mahu keluar dari kelas. "Kenapa takde orang kejut aku...?" Taehyung merintih sendirian.

Bunyi pintu terkuak ditolak angin cukup membantu Taehyung menggemakan seluruh bangunan sekolah itu. "Mama~!!!!!!!"

☁☁☁☁☁

Tak tak tak! Jihyo menggeleng laju. Pantas dia membuka langkah berpatah balik ke kelas. Dilihatnya Taehyung masih lagi lena. Ceh, budak ni tidur ke mati?

Jihyo menghampiri wajah Taehyung. Sesekali jari jemari Jihyo mengusap lembut kulit pipi mulus Taehyung.

Jihyo terpana. Handsome sangat agaknya Taehyung tengah tidur tu. Perlahan-lahan wajah Jihyo menghampiri wajah Taehyung.

Hembusan nafas Taehyung terasa dekat sekali.

Tiba² Taehyung membuka matanya perlahan-lahan. Matanya terus terbuka luas. Maka...

Arghhhhh!!!!

Teriakan dua pelajar ini bergabung. Taehyung terus bangun dari tempat duduknya.

Jihyo pula sudah malu. Pipinya serta merta berubah merah padam. Pantas gadis itu mencapai beg sekolahnya.

Belum sempat Jihyo membuka langkah, Taehyung sudah menarik pergelangan gadis itu. Tubuh gadis itu dipusing menghadapnya.

Tanpa rasa segan, Taehyung terus mendakap kuat tubuh Jihyo. Jihyo terkejut.

"Maafkan aku. Tolong jangan pergi..."

Duk!

Tubuh Taehyung ditolak kasar oleh Jihyo. Pipi Jihyo masih lagi tidak hilang merahnya. Pantas gadis itu melangkah keluar dari kelas bersama beg sekolahnya.

"Jihyo!"

Jihyo tidak mahu mempedulikan lelaki itu. Dia terus melangkah laju. Apa dah jadi tadi?! Kenapa dengan aku ni?! Arghh!! Apa aku buat tadi?!!!

❤❤❤❤❤

Diatas katil.

Jihyo asyik berguling-guling bersama telefon bimbitnya. Teddy bear pink yang terletak di penjuru katil ditarik olehnya lantas di dakap kuat.

"Heh. Kau ni tak hangat lah." Ujar Jihyo pada patung beruang tidak bernyawa itu. Alahai Jihyo.

"Haih... hangatnya pelukan dia. Aku nak peluk dia." Bisik Jihyo sendiri sambil memeluk kuat patung beruangnya dan dibawa berguling bersama-sama.

"Jap? Apa aku fikir tadi?" Terbuntang mata Jihyo yang baru sedar dari angan-angannya.

"Song Ji Hyo!!!"

Gedebuk!

Seperti kata pepatah. Malang tidak berbau. Jihyo yang asyik berguling tadi jatuh ke lantai dan kepalanya pula terhantu ke meja kayu yang terletak cantik ditepi katilya. Sudah jatuh ditimpa tangga pula.

"Nae... omma..!" Jihyo cuba menyahut panggilan tadi walaupun dalam keadaan yang sedang menahan sakit.

"Turun makan cepat lah!!"

"Sekejap...!"

Jihyo masih lagi memegang kesakitan kepalanya yang terhantuk. Lantas dia merenung tajam meja yang tidak berdosa itu.

"Kau ni teruk lah! Sakit tahu tak?!" Maki Jihyo pada meja yang tidak bersalah itu. Meja itu hanya bisu kerana tiada mulut untuk menjawab.

"Eiii~! Tak guna!"

Dush!

"Aduh!"

Jihyo cuba untuk melepaskan geramnya. Tapi sakit pula kakinya apabila menyepak meja yang memang keras itu. Meja tersebut tertawa kemenangan?😱

"Song Ji Hyo!!! Apa lagi tu?!" Teriak ommanya dari bawah.

"Sekejap lah~!" Jihyo terus merangkak-rangkak keluar dari bilik tidurnya. Rasa sakit kaki dan kepalanya dibawa bersama. Yalah, macam mana nak cicirkan kan?

Bersambung...

Pabo Namja VS Devil Yeoja ||Where stories live. Discover now