Taehyung dan Jihyo saling mengharap.
Wajah lelaki sasa itu kelihatan amat menakutkan. "Berani kau...!" Garau suara lelaki itu menyebabkan Taehyung menggeletar semakin laju.
Lelaki itu menghampiri Taehyung. Kolar baju Taehyung digenggam kuat.
"Mi... mian.. mianhe." Sejuk sahaja tangan Taehyung melihat wajah baran lelaki itu.
Lelaki itu mengetap giginya geram. Matanya merah menahan marah. Urat² ototnya mula timbul.
Taehyung pula sudah kaku. Mahu sahaja dia terkencing di situ.
Dush! Jihyo mengambil langkah berani menyepak hak asasi lelaki gagah perkasa itu.
Serta merta lelaki itu terduduk menahan sakit. Mereka mengambil peluang melarikan diri sebaik sahaja bas tersebut berhenti.
"Huh... hah... huh..."
Jihyo dan Taehyung tercungap-cungap. Kedua-dua mereka terduduk di tepi jalan itu. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
Satu senyuman terukir di bibir masing-masing. Mereka tertawa bersama.
Jihyo masih lagi tertawa. Taehyung terpaku. Tawanya tadi terhenti. Matanya tidak teralih dari menatap wajah Jihyo yang masih tertawa.
Entah macam mana tiba² sahaja tangan kasar Taehyung menyentuh lembut pipi Jihyo menyebabkan tawa Jihyo termati.
Perlahan-lahan Jihyo berpaling kearah Taehyung. Anak matanya terkebil-kebil melihat wajah Taehyung yang mula kemerahan.
Taehyung kaku. 'A.. apa aku buat ni?!' Meskipun teriakan hati Taehyung sebegitu. Namun, tangannya masih tidak teralih dari pipi Jihyo.
Buk!
Beg sekolah yang berisi buku teks yang seberat batu-bata itu menghempas kuat kepala Taehyung. Berpinar kepala lelaki itu apabila terkena senjata biasa Jihyo.
"Pervert!!!" Teriak Jihyo sebelum menghentak kakinya berlalu dari situ.
"Per... vert?"
❤❤❤❤❤
Keesokan harinya.
Jungkook melangkah laju sahaja. Taehyung yang dari tadi mengejar dibelakang tidak diendahkan.
"Jungkook! Tunggulah aku!" Teriak lelaki itu.
"Sudah lah kau. Aku tak nak ada kena mengena."
"Kau pun tahu aku bukan sengaja~! Tunggulah kejap!"
"Tak pedulik. Kau punya urusan kau settle lah sendiri."
"Jungkook! Macam ni ke kau layan aku? Tergamak kau... kita kan dah lama kawan..." Taehyung bernada sedih.
Jungkook menarik muka ketat. Dia berpaling kembali kearah Taehyung. "Kau nak aku buat apa?" Dingin sahaja nada Jungkook menyoal. Ah, lembutnya hati Jungkook. Bertuah Taehyung.
"Kau tolong lah explain dekat devil yeoja tu." Rayu Taehyung.
"Kau nak suruh aku explain macam mana? Kau ni mengada-ngada betul lah. Aku dengan Irene pun ade masalah jugak. Kau sibuk tambah!" Getus Jungkook penuh kegeraman.
Taehyung terdiam sejenak. "Kalau kau tolong aku. Aku tolong kau." Cadang Taehyung. Dia tak mahu hubungannya dengan Jihyo berakhir lagi seperti sebelum ini.
Jungkook diam. Dia tenung sahaja kedalam anak mata Taehyung. Lama juga dia ingin mempertimbangkan pendapat Taehyung tadi. Yalah, risau juga pisang berbuah dua kali.
"Haish. Yalah. Janji kau kena tolong aku." Ujar Jungkook lemah.
"Seriously?! Thanks Jungkook! Kau memang sahabat sejati aku!"
"Tapi ingat! Kau jangan buat macam sebelum ni!" Jungkook mengingatkan kejadian blazer Irene yang koyak disebabkan Taehyung.
"Yaa~! Kan aku dah cakap aku tak sengaja!"
"Huh, aku ingatkan je... mana lah tahu kalau kau sengaja pulak lepas ni." Desis Jungkook sambil membuka langkah berlalu dari situ.
"Yaa! Aku tak kan buat macam tu lah!" Wajah Taehyung serta merta merah. Entah geram atau malu pun tidak dapat dibaca hatinya itu.
❤❤❤❤❤
Di kelas.
Irene dan Jihyo langsung tidak bersuara. Masing² memikirkan sakit hati pada hati sendiri.
Irene melepaskan satu keluhan berat sebelum menghempas mukanya ke atas meja.
Begitu juga Jihyo. "Irene." Bisik Jihyo sambil memalingkan wajahnya kearah Irene. Kepalanya masih rebah diatas meja.
"Hurm?"
"Kau marah tak Taehyung koyakkan baju kau?" Soal Jihyo.
Wajah Irene berubah merah padam. Dia merenung wajah naif Jihyo. Apa punya soalan tu?!
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabo Namja VS Devil Yeoja ||
AléatoireYay! Bertemu kembali dalam siri yang kedua! Pelbagai masalah timbul lagi dalam edisi kali ini. Ada sahaja yang masing² tidak berpuas hati. Nantikan ragam empat sahabat baik ini! Segalanya dalam Pabo Namja VS Devil Yeoja ||