Last Part

1.6K 157 16
                                    

"Kau kenapa?" Soal Jungkook sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. Matanya tertumpu kearah Taehyung yang asyik termenung seperti orang bodoh.

Taehyung tidak menjawab soalan Jungkook. Matanya masih fokus merenung siling.

"Yaa~! Kau kenapa?" Tak semena-mena kepala Taehyung ditolak kasar oleh Jungkook.

"Yarsh budak ni." Taehyung tersedar dari lamunannya. Penumbuknya dikepal lalu diacu kearah Jungkook yang mengganggu ketenteramannya.

"Aku tanya kau ni kenapa lah?"

"Hurh. Jangan menyibuk lah."

"Eleh, cakap je lah." Jungkook mencebik wajah sebelum melabuhkan punggung ditempat duduknya yang menanti dia.

"Kau tak payah sibuk lah."

"Jihyo tak maafkan dia lagi lah tu." Celah Irene yang tiba² terpacul lantas turut melabuhkan punggungnya bersebelahan tempat duduk Jungkook. Kerusinya dirapatkan dengan kerusi Jungkook, leher lelaki itu dirangkul lembut olehnya.

Taehyung menjeling tajam pasangan kekasih itu sebelum kembali merenung siling.

"Kau nak mintak idea aku tak?" Soal Jungkook.

"Ceh, tak nak aku. Idea kau semua tak pernah jalan." Sombong nada Taehyung.

"Hey, okay lah idea aku tak pernah jalan daripada idea kau yang asyik berundur?" Bidas Jungkook.

Irene yang duduk memerhati mengangguk-anggukkan sahaja kepalanya.

Taehyung berkerut. Tiba² dia meraup wajahnya sebelum melepaskan satu keluhan berat. "Dah tu, aku nak buat macam mana?"

Irene menoleh kearah Jungkook. Jungkook juga menoleh kearah Irene. Kedua-dua mereka menguntumkan senyuman sinis.

❤❤❤❤❤

Jihyo duduk termenung di sebuah pusat membeli belah. Dari tadi jam tangannya asyik dibelek.

'Pukul 2.30 petang nanti dekat bangunan Times Square tau. Teman aku beli hadiah untuk Jungkook.'

Setiap patah perkataan yang dikeluarkan dari bibir Irene masih segar dalam ingatan Jihyo.

"Mana budak bertuah ni?! Penat lah aku tunggu~!" Rungut Jihyo sendiri.

Pap! Mata Jihyo ditekup dengan tapak tangan seseorang.

Jihyo berkerut sesaat. "Aaaahhhh~!! Penculik!! Penculik!! Penculik!!" Teriak Jihyo sekuat hati. Habis semua orang yang lalu lalang disekitar itu memerhati mereka berdua.

Pantas tangan yang menekup mata Jihyo tadi dilepaskan dan dialihkan pada bahagian mulut Jihyo pula. "Yaaa~! Kenapa kau jerit macam tu?!" Oh, Taehyung rupanya.

"Kau tu lah yang kenapa main tekup² mata macam tu?! Fikir sweet?!" Amarah Jihyo.

Taehyung melepaskan keluhannya. Tubuh Jihyo tiba² sahaja didakap kuat olehnya. Terbuntang biji mata Jihyo apabila diperlaku sebegitu. Berani betul Taehyung melakukan hal ni dikhalayak ramai macam ni?!

"Yaa... pervert. Orang pandang lah." Bisik Jihyo.

Taehyung bisu. Wajahnya terus dibenamkan pada bahu Jihyo. "Maafkanlah aku. Aku merayu."

"Maaflah. Tapi aku tak boleh maafkan kau lagi." Jihyo terus menolak lembut bahu Taehyung sebelum membuka langkah berlalu.

Taehyung laju menyusul langkah Jihyo. "Jihyo-ah... mianhe."

Jihyo hanya diam sambil mengatur langkah.

Taehyung mencapai sebuah gitar milik seorang pemuda yang kebetulan sedang menyanyi disitu.

"Pinjam." Bisik Taehyung sebelum mengejar langkah Jihyo.

Taehyung terus melangkah laju berhadapan dengan Jihyo. Gitar dipetik perlahan-lahan.

"mianhae mianhae hajima
naega chorahaeji janha
ppalgan yeppeun ipsullo
eoseo nareul jugigo ga
naneun gwaenchanha
majimageuro nareul barabwajwo
amureochi anheun deut useojwo
nega bogo sipeun ttae
giokhal su itge
naui meorissoge ne eolgul geureol su itge "

Nyanyi Taehyung sambil mengatur langkah mengikuti Jihyo. Hebat Taehyung boleh menyanyikan lagu tersebut menggunakan gitar.

Jihyo hanya tersenyum sambil terus melangkah laju.

Taehyung hampa. Gitar tadi ditinggalkan ditepi lantas berlari kembali mengejar langkah Jihyo.

Jihyo terus berjalan melepasi setiap kedai. Taehyung pula menyusul. Ketika melewati sebuah kedai mainan. Anak mata Jihyo tertumpu sejenak kearah sebiji patung beruang besar berwarna merah jambu. Namun, Jihyo tetap meneruskan langkahnya.

Jihyo terus berjalan laju meskipun Taehyung masih menyusul dari arah belakang.

" Oh baby, I wanna tell you, hey, you're the prettiest right now
Yesterday is gone and we don't know what tomorrow will bring
June, you and I, remember today
With you, the romantic month of June, the wind blows over us
You're always the prettiest right now " - (McKay - Magic Month Of June)

Anak mata Jihyo membulat apabila nyanyian Taehyung tadi diiringi oleh patung beruang besar yang dilihatnya tadi.

"Yayaya .. bichasso?" Soal Jihyo.

Patung beruang besar itu terus dipautkan pada tubuh Jihyo. Serta merta tangan Jihyo menyambut patung beruang tersebut. Matanya masih tidak berkelip melihat wajah Taehyung.

Taehyung melutut dihadapan Jihyo yang sedang memeluk beruang besar yang sememangnya lebih besar saiznya berbanding dia.

"Please be mine Devil Yeoja. I love you. I'm really sorry." Luah Taehyung sambil menghulurkan tangannya.

Orang sekeliling yang memerhati sudah teruja melihat suasana romantik yang penuh kejutan daripada Taehyung itu.

"Terima!!" Teriak seseorang dari jauh apabila menyaksikan situasi itu.

Wajah Jihyo sudah berona kemerahan. Wajah comel Taehyung ditatap sahaja olehnya. Perlahan-lahan tangan kananya menyambut tangan Taehyung tadi. Habis! Berterabur sudah semua ego nya sebentar tadi.

Taehyung bingkas bangun dari tempat dia melutut. "Yeah~! Dia terima!!" Teriak Taehyung lantang. Orang ramai yang menjadi saksi bertepuk tangan melihat situasi tersebut. Pantas Taehyung mendakap tubuh Jihyo kuat bersama-sama patung beruang merah jambu tadi.

"Yaa... cemburunya." Bisik Irene yang merupakan salah seorang saksi situasi tersebut. Dari tingkat atas bangunan itu, dia dapat menyaksikan setiap gerak geri Jihyo dan Taehyung.

"Jealous? Nak jugak ke teddy bear tu?" Soal Jungkook yang berada di sisinya.

Irene memuncungkan bibirnya panjang lantas mengangguk perlahan. Comel!

"Jom kita beli." Jungkook menarik lengan Irene berlalu.

"Tapi mahal lah."

"Takpe. Taehyung hutang kita." Laju sahaja jawapan itu keluar dari bibir Jungkook.

Irene tersenyum. Jungkook tersenyum. Taehyung dan Jihyo juga tersenyum bahagia. Detik ini harap kekal buat selamanya.

-tamat-

*Thanks for readers!! Thanks for your support! Wait for the special edition.*

Pabo Namja VS Devil Yeoja ||Where stories live. Discover now