PART 1 : LATAR BELAKANG HYUNA

936 47 4
                                    


Angin sempoi sempoi bahasa menyapa wajah Hyuna. Nyaman dan tenang rasanya. Rambut Hyuna beralun lembut.

"Ahh, rindunya rasanya dekat Gwangju ni!", jerit Hyuna sambil memejamkan matanya menikmati angin.

"Hyuna sayang, masukkan kepala kamu tu! Nanti terputus baru tahu! Tutup tingkap!", kata Yonghwa iaitu ayah Hyuna.

"Ne..", kata Hyuna menurut kata ayahnya.

"Biarlah Hyuna tu. Dah lama dia tak balik kampung. Lagipun, Hyuna kan nak marriage nanti. Mestilah Hyuna nak hirup fresh air dulu. Majayo, Hyuna?", kata ibunya, Namjoo sambil tersenyum.

"Ne? Ahh, ne..majayo..", kata Hyuna.

Hyuna menghembuskan nafasnya perlahan. Dia sebenarnya lansung tak berminat dengan perkahwinan ini. Dah lah tak kenal, tak pernah berjumpa. Tiba-tiba je suruh dia kahwin.

Yang cuma dia tahu, namja tu namanya Jung Hoseok. Umurnya sebaya dengan Hyuna. Sekolah pun nanti sama dengan dia. Selesa ke macam tu nanti? Dahlah Hyuna dan dia muda lagi.
Hyuna teringat kembali satu hari sebelum bertolak ke Gwangju.

********

"Besok saya akan berpindah ke Gwangju.", kata Hyuna.

"Maksudnya.. you'll leave me?", tanya V.

"Mianhae, kita terpaksa putuskan hubungan ni. Saya tak boleh bercinta jarak jauh.", kata Hyuna.

"Tapi Hyuna, awak tahu kan naneun saranghae?", tanya V.

Hyuna menundukkan kepalanya. Sebolehnya dia tak mahu berpindah ke Gwangju. Dia nak bersama dengan V. Tapi, Hyuna tak mahu derhaka kepada dua orang tuanya. Nak tak nak Hyuna tetap kena pergi ke sana.

Hyuna tidak mahu V tahu bahawa dia bakal berkahwin dengan seorang namja yang tidak dikenalinya. Mungkin dia tak ada jodoh dengan namja itu, dan mana tahu dia ada jodoh dengan V? Dia tak mahu V salah anggap jika dia berkahwin dengan orang lain.

"Mianhae V, saya kena pergi. Jalgayo..", kata Hyuna.

V menarik tangan Hyuna lalu memeluk Hyuna erat. Hyuna menolak V.

"Hajima V, kalau macam ni susah untuk saya pergi!", kata Hyuna.

"Kalau macam tu.. jebal janganlah pergi.", rintih V.

"Aniyo, saya tetap perlu pergi!", kata Hyuna.

Hyuna berlari masuk ke dalam rumah. Sempat dia dengar V menjerit.

"Saranghae Hyuna!!!!", jerit V.

Hyuna masuk ke biliknya lalu mengunci pintu. Hyuna terduduk lalu menangis.

"Nado, V. Nado!", kata Hyuna.

Hyuna mengesat air matanya namun ia tidak berhenti mengalir. Lalu, Hyuna membiarkannya sahaja. Dia menyebamkan mukanya di atas bantal. Teringat memori dia bersama namja chingu yang disayanginya, V.

~To be continue~

 WAKE UP, MY LOVE | ✔Where stories live. Discover now