PART 10 : MALAM PERTAMA? (NO BYUN)

396 39 2
                                    


"Hari ni korang tidur dekat bilik ni ye? Besok baru pindah rumah.", kata Puan Ji Hyo.

"Alah eomma, nak ikut eomma balik.", kata Jhope sambil memepuk eommanya.

"Eii, gediknya! Aku pun tak semanja dia ni!", kata Hyuna dalam hati.

"Kamu kan dah besar. Dah married pun. Ni Hyuna, wife kamu ni. Takkan eomma kena jaga Hoseok dengan Hyuna pulak?", kata Puan Ji Hyo sambil mengusap kepala Jhope.

"Kamu jangan nak manja sangat Hoseok. Hyuna tu kamu jaga elok-elok. Kamu kacau Hyuna, abeoji tampar kamu. Nak?", kata Encik Kang.

"Ah.aniyo..", kata Jhope.

"Padan muka!", kata Hyuna sambil membuat muka minta penampar.

"Kau... kau..", kata Jhope tak puas hati.

"Kalau Hyuna buat apa-apa dekat kamu, bagitahu kami. Biar kami bagi ceramah dekat Hyuna.", kata Yonghwa.

"Ah.. appa!", kata Hyuna.

"Bluek!", Jhope menjelirkan lidahnya ke arah Hyuna.

Hyuna menarik lidah Jhope.

"Euh!! Epe!! Lepesken lideh eku le! (Apa!! Lepaskan lidah aku la!)", jerit Jhope.

"Aku potong lidah kau nanti!", Hyuna memberikan amaran.

She's so dangerous!!

******

Pada waktu malam

"Takkan kita nak tidur sekatil? Aku tak rela tau!", kata Hyuna.

"Ingat aku rela ke? Dah la gangster. Nanti jadi apa-apa dekat aku nanti? Tak pasal-pasal nanti aku diperkosa oleh kau!", kata Jhope sambil memeluk tubuhnya.

"Mwo? Aku perkosa kau?! Ewah, melampau dah ni! Sini kau aku 'perkosa' kau!", jerit Hyuna lalu menarik baju Jhope.

Jhope cuba lari naik atas katil tapi bajunya direntap kuat oleh Hyuna. Terbaring Jhope di atas katil. Hyuna pula terhempap di atas badan Jhope. Mereka terkaku. Wajah mereka berjarak 3 cm sahaja.

"Hyuna, kamu nak rasa...", kata Namjoo terberhenti melihat keadaan Jhope dan Hyuna.

"Oops, mianhae eomma kacau. Sambung balik. Eomma keluar.", kata Namjoo lalu menutup pintu bilik mereka.

Hyuna bangun lalu membuka pintu. Namjoo sudah berada di tingkat bawah namun Hyuna tetap ingin menerangkan perkara yang sebenarnya.

"Aniyo eomma!!! Kami tak buat apa-apa la!!! Accident je la!!!", jerit Hyuna.

Namjoo tersengih.

"Nanti buat jugak.", kata Namjoo dalam hati.

******

"Eii, ni semua kau punya pasal! Dah turun dari katil tu! Aku nak tidur!", marah Hyuna.

"Eh, apahal pulak aku? Salah kaulah! Ni katil aku so, sukahati akulah nak tidur dekat sini!", kata Jhope.

Hyuna naik atas katil lalu memandang Jhope. Hyuna mengangkat keningnya.

"Apa kau nak buat pulak ni?", tanya Jhope.

Hyuna mendekatkan mukanya ke muka Jhope. Jantung Jhope berdegup laju.

"Weh, weh yeoja gangster! Kau kenapa ni?!", tanya Jhope.

Takut tengok senyuman nakal Hyuna. Hyuna memegang kolar Jhope. Diusapnya kepala Jhope.

"Mampus aku malam ni!", kata Jhope dalam hati.

Jhope dah berpeluh. Hyuna memegang wajah Jhope. Jhope memejamkan matanya. Lalu...

"Ahh, apa!!", terjerit Jhope.

Hyuna tersenyum kemenangan. Terjatuh Jhope dari katil kerana ditendang oleh Hyuna. Kuat seyh! Memang terpelanting betul-betul!

"Dah kau tidur bawah! Namja kena beralah! Ladies first! Good night.", kata Hyuna lalu membaling comforter dengan bantal.

Bantal tepat kena di muka Jhope. Memerah hidung Jhope.

"Wei, tidur bawah ni tak ada class lansung! Kaulah tidur bawah! Aku orang kaya ok?!", kata Jhope.

Hyuna memandang Jhope.

"So, mwo eottae? Bye!", kata Hyuna lalu menarik selimut menyelimuti tubuhnya.

"Eii, yeoja gangster ni kan! Memang aku belasah jugak! Dah la nipis!", kata Jhope lalu baring.

Jhope mengiring ke kiri ke kanan. Ada something yang tak kena. Tak selesa lansung!

"Hyuna.. badan aku sakit la... boleh tak kau tidur bawah? Aku tak boleh tidur la... Jebal..", rayu Jhope.

Tak ada balasan. Dah mati ke apa Hyuna ni?

"Hyuna.. Hyuna..", panggil Jhope.

"Hyuna!!", jerit Jhope.

HUAK!! HUAK!! HUAK!!

Jhope terbangun. Terkejut dengar bunyi dengkur Hyuna.

"OMG... tidur berdengkur kuat gila!", kutuk Jhope.

Nak tak nak terpaksa la Jhope tidur dekat bawah. Berguling-guling Jhope. Tak boleh tidur lansung! Jhope memukul badannya yang digigit oleh nyamuk. Sekejap dekat tangan, sekejap dekat kaki, sekejap dekat muka. Kacau betul!

"Aii jinjia!! Pabo betul nyamuk ni! Aku nak tidur pun tak boleh la!!", marah Jhope.

Jhope bangun lalu menepuk-nepuk tangan ke udara. Macam Taeyang dalam lagu bang bang bang. Kiri kanan depan belakang. Jhope mengejar nyamuk-nyamuk itu.

PAKK!!!

"Hah, dapat pun seekor! Mati kau!", marah Jhope.

Sepanjang malam Jhope membunuh nyamuk-nyamuk yang berani kacau dia nak beradu. Dah macam silat pun ada. Terloncat-loncat Jhope cuba untuk menangkap nyamuk-nyamuk itu.

Hyuna membuka sedikit matanya. Hyuna melihat Jhope dah macam orang gila.

"Apalah kau buat? Malam-malam buat bising! Kacau betul la!", kata Hyuna.

Lagilah Jhope menepuk tangannya dengan kuat. Kalau dia tak boleh tidur, Hyuna pun tak boleh.

"Suka hati kau la, namja pabo!", kata Hyuna lalu menyambung tidurnya.

Jhope lompat di atas katil. Menggoncang tubuh Hyuna kuat.

"Sah, tidur mati! Boleh pula dia tidur?!", kata Jhope.

Seekor nyamuk hinggap di pipi Jhope. Jhope menepuk pipinya kuat. Nyamuk terbang, pipi Jhope yang memerah.
Mulalah lagi Nyamuk VS Jhope war.

~To be continue~

 WAKE UP, MY LOVE | ✔Where stories live. Discover now