One

1.2K 122 3
                                    

♙♙♙


Keadaan di dalam kelas menjadi riuh apabila satu pergaduhan berlaku. Sudah semestinya pergaduhan antara Hyemi dan juga Taehyung. Ahli mereka hanya mampu melihat kerana, jika salah seorang dari mereka melibatkan diri dalam pergaduhan itu, ianya akan jadi bertambah teruk.

"Kau tak payah nak tunjuk kuat sangatlah. Kau patut sedar diri sebab kau tu cuma anak luar nikah!" Kata Taehyung pada Hyemi yang terduduk di atas lantai.

"Aku tak kisahlah kau nak cakap apa sekali pun! Tapi kau kena ingat, kau pembunuh! Kau bunuh ayah kau sebab kau tak puas hati bila nampak dia pukul mak kau!" Tengking Hyemi lalu bangun dan mengelap darah di bibirnya.

"Aku bukan pembunuh!" Taehyung menendang Hyemi sehingga meja di kelas itu berselerak.

"Kamu dah melampau Taehyung! Ikut saya ke pejabat! Kamu juga Hyemi!" Marah Mr. Kim lalu pergi.

"Argh! Ni semua salah kau!" Taehyung keluar dari kelas selepas menendang sebuah meja.

"Hyemi, kau tak apa-apa ke?" Soal Raesha yang membantu Hyemi untuk bangun.

"Aku okay." Jawab Hyemi lalu keluar dari kelas.


♙♙♙


"Duduk!" Ucap Mr. Kim dengan tegas.

"Kamu berdua memang tak habis-habis nak bergaduh kan?! Bukan dua atau tiga kali kamu bergaduh! Tiap-tiap hari!" Bebel Mr. Kim.

"Perkara biasalah tu." Kata Taehyung lalu meletakkan kaki di atas meja.

"Kalau tak ada pembunuh dalam kelas, dah semestinya kelas tu tenang dan tak ada yang akan cedera." Kata Hyemi selepas mengikat rambutnya.

"Mulut kau ni memang tak reti diam ke?!" Taehyung terus saja menggenggam kolar baju Hyemi.

"Lepaskan dia Kim Taehyung!" Arah Mr. Kim dengan suara yang kedengaran seperti kemarahan.

Taehyung melepaskan kolar baju Hyemi dengan cara yang kasar. Hyemi hanya tersenyum sinis apabila melihat api kemarahan Taehyung marak.

"Lepas ni, kalau berlakunya pergaduhan sekali lagi, saya takkan teragak-agak untuk bawa kamu ke kelas tahanan! Faham?!" Soal Mr. Kim pada Taehyung dan Hyemi.

"Hurgh!" Hyemi segera keluar dari bilik Mr. Kim itu lalu menghempas pintu dengan kuat.


♙hyemi's♙


"Tak habis-habis dengan kelas tahanan! Nasib baik kau ayah aku! Kalau tak, dah lama aku pijak kepala kau!" Kataku yang masih lagi marah dengan apa yang berlaku.

Sebelum tiba di kelas, aku terdengar akan bunyi meja jatuh. Bunyi itu jelas datangnya dari kelasku. Tak mungkin.

Setibanya aku di kelas, kelihatan Raein dan juga Raesha sedang terbatuk-batuk. Bukan batuk biasa. Batuk berdarah!

"Apa yang korang buat ni ha?!" Soalku dengan nada yang lantang.

"Balasan untuk dorang!" Kata Jimin yang sedang mengelap darah di pipinya.

"Kau memang cari nahas!" Jeritku sambil berjalan ke arah Jimin.

Baru saja aku hendak memukul Jimin, sepasang tangan memegang tanganku. Ianya Hoseok. Damn!

"Tolong lepaskan dorang buat kali ni." Rayu Hoseok dengan wajah yang meminta simpati.

"Lepaskan? Kau nak aku lepaskan dorang lepas apa yang dorang dah buat dengan Raein dan juga Raesha?!" Soalku dengan dada yang berombak menahan marah.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now