Twenty-two

253 48 0
                                    

Hoseok's POV

'Splashh!'

Mataku terbuka luas. Seluruh tubuhku basah kuyup. Aku memandang ke arah Taehyung yang sedang memegang sebekas baldi. Mungkin dia yang menyimbah air kepadaku.

"Sedar pun kau. Aku ingat dah mati tadi." Kata satu suara.

Aku memandang ke arah Hyemi yang sedang mengelap pisau yang dipegangnya. Aku mengeluh. Kalaulah aku tidak bertindak bodoh tadi, pasti aku dapat melepaskan diri.

"Taehyung." Seru Hyemi.

Taehyung seperti faham apa yang dikehendaki Hyemi. Taehyung terus saja mengambil sebuah kamera di dalam beg sandang yang bergantung pada paku di dinding. Aku meneliti kamera itu. Ianya milik Seokjin hyung...

"Aku malas nak lengahkan masa. Jadi kita teruskan rakaman seterusnya." Kata Hyemi lalu membuka kamera itu.

Aku memandang wajah Hyemi yang kelihatan marah itu. Kemudian Taehyung mendekati aku dan berbisik.

"Jangan bertindak bodoh lagi. Kalau lepas ni kau bertindak bodoh macam tadi, mungkin aku tak dapat nak selamatkan kau lagi." Ucap Taehyung dalam nada berbisik.

Tak dapat selamatkan aku lagi? Apa maksud dia? Bukankah Hyemi berniat mahu membunuh semua orang termasuk aku?

'Tit!'

Rakaman... dah bermula.

Author's POV

Flashback

"Seokjin-ah, a-aku rasa, aku nak balik sekarang." Kata Hoseok yang sudah menggigil ketakutan.

"Kau jangan nak lari. Kita kena tamatkan semua ni sekarang juga. Aku takkan lepaskan pembunuh tu macam tu je." Kata Seokjin dengan nada suara yang dingin.

'Pranggg!'

Seokjin dan Hoseok pantas memandang ke arah belakang. Bunyi itu datangnya dari arah bilik yang berada disitu. Hoseok yang berada di belakang memberanikan dirinya untuk berjalan beberapa tapak ke hadapan untuk melihat apa yang berlaku di dalam bilik itu.

"Ho-"

Sebelum sempat Seokjin hendak menyeru nama Hoseok, mulutnya terlebih dahulu ditutup dan diheret oleh Hyemi untuk menuju ke arah satu bilik yang berada di situ.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now