Epilogue

240 43 2
                                    

Author's POV

Langsir jendela besar hospital itu diselak perlahan. Cahaya matahari menerpa ke arah wajah namja itu. Tiada senyuman terukir di bibirnya.

Dia... Jung Hoseok.

"Wae... kenapa kau buat aku macam ni, Taehyeon..." Air matanya mula bertakung di tubir mata.

'Krekkk!'

"Jung Hoseok, awak ada seorang pelawat." Ucap jururawat itu.

"Aku tak nak sesiapa lawat aku sekarang." Kata Hoseok dengan nada yang dingin.

"Kau taknak aku lawat kau?" Soal yeoja itu.

Anak mata Hoseok membulat. Tak. Tak mungkin. Dia berpaling ke arah yeoja itu. Air matanya mula gugur.

"Bilik ni adalah bilik lama aku yang penuh seksa. Banyak darah tertumpah dekat sini." Kata yeoja itu sambil berjalan sekeliling bilik yang berwarna putih itu.

"Taehyeon..." Air mata Hoseok semakin deras mengalir.

"Maafkan aku Hoseok. Sepatutnya, aku yang berada di sini. Tapi, aku dah gantikannya dengan kau. Maafkan aku." Hyemi tertunduk memandang lantai.

"Hati aku sakit bila kau perangkap aku. Hati aku sakit bila berjauhan dengan kau. Hati aku sakit bila tengok orang yang aku sayang, khianat aku sendiri." Kata Hoseok lalu menggenggam jari jemarinya.

"Maafkan aku Hoseok. Sikap psycho aku... aku tak dapat halang. Aku terlampau sayangkan appa aku sampaikan aku bunuh chingu aku..." Air mata Hyemi mula menitik ke atas lantai.

"Taehyeon-ah..."

"Jangan risau Hoseok. Tak lama lagi kau akan keluar dari sini. Kita akan bina hidup baru. Kita akan buka buku baru. Kita tulis kisah kita sama-sama." Hyemi tersenyum hambar ketika bercakap.

Hoseok tidak dapat menahan air matanya lagi. Semakin deras air matanya mengalir. Esakan tangisannya juga kedengaran.

"Cuma.. kau perlu tunggu aku. Arraseo?" Soal Hyemi dengan nada yang serak kerana menangis.

"Hiks." Hoseok masih menangis.

"Aku akan datang lawat kau lagi bulan depan." Hyemi mula membuka langkah menuju ke arah pintu.

"Jakkaman."

Langkah Hyemi terhenti. Dia menoleh ke arah Hoseok.

"Kau janji... yang sikap psycho kau takkan kembali?" Soal Hoseok.

Hyemi hanya terdiam. Kemudian, dia mengukir senyuman perlahan-lahan.

"Aku tak boleh janji, Hoseok." Jawab Hyemi.

"Wae?" Soal Hoseok.

"Mungkin sikap psycho akan kembali kalau ada orang yang berani kacau keluarga aku dan... kau." Jawab Hyemi lalu segera keluar.

"Aku harap... kau akan berubah, Taehyeon." Gumam Hoseok.

Taehyung's POV

Selepas saja melawat Hoseok, wajah Hyemi kelihatan tegang. Ada apa-apa yang berlaku ke?

"Saeng-ah. Neo gwaenchana?" Soalku pada Hyemi.

"Gwaenchana. Palli. Aku nak berehat." Jawab Hyemi dingin.

"Nae." Akurku.

Aku pasti, ada sesuatu yang berlaku antara Hoseok dan Hyemi. Mungkin.. bergaduh.

Author's POV

Hyemi menarik kerusinya lalu duduk. Kakinya diletakkan di atas meja. Matanya dipejam. Jam menunjukkan 5.34 pagi. Hyemi sengaja datang awal ke sekolah walaupun pelajar lain masih tidur. Kemudian, datang 3 orang yeoja ke arahnya.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now