Twelve

336 73 7
                                    

Author's POV

'Krekkk!'

Hoseok memandang ke arah pintu yang terbuka itu. Taehyung. Hoseok mengeluh lega kerana Taehyung masih lagi hidup. Pantas dia berjalan ke arah Taehyung dan memeluk Taehyung.

"Aku rasa, kita perlu balik sekarang. Aku taknak kau jadi mangsa sekali." Rintih Hoseok yang menangis dibahu Taehyung.

"Aku tau jalan pintas." Kata-kata Taehyung membuatkan Hoseok melepaskan pelukannya.

"Eodi?" Soal Hoseok.

Skip

Mereka berdua kini berjalan di tingkat terbawah di rumah itu. Oleh kerana pintu utama tidak dapat dibuka, mereka perlu mencari jalan lain yang dikatakan jalan pintas oleh Taehyung.

"Lama lagi ke?" Soal Hoseok yang sudah berpeluh-peluh.

"Kau pergi masuk bilik hujung tu sekejap. Aku nak cari benda yang boleh dijadikan senjata. Kau ambil lampu ni." Kata Taehyung lalu menghulurkan lampu suluh itu.

"Nae. Palli." Pinta Hoseok.

Setelah itu, mereka berdua berpecah. Hoseok sedikit takut apabila ditinggalkan oleh Taehyung. Hoseok perlahan masuk ke dalam bilik itu. Terdapat beberapa anak patung di situ.

Hoseok melihatnya dengan teliti. Kesemua anak patung itu kelihatan seperti bentuk chingunya dan juga ahli Bad Girls. Hoseok berkerut.

Patung-patung itu seperti patung voodoo. Patung Namjoon sudah diceraikan kepala, kaki dan tangan dari badannya. Patung Seokjin berada di dalam mulut ikan. Patung Jimin sudah terbakar. Patung Yoongi berdarah di kepalanya. Patung Jungkook ditikam pisau. Patung Hyemi dan juga Yongwook berada di dalam bekas air. Dan patung Songhwa berada di dalam mesin basuh kecil.

Manakala, patungnya dan juga Taehyung tiada di situ. Hoseok hairan.

'Krekkk!'

"Taehyung, palli ke sini." Kata Hoseok tanpa memandang Taehyung.

'Prakkk!'

Hoseok kini jatuh ke lantai. Pengsan setelah dipukul oleh kayu dikepalanya. Si pemukul mengeluh panjang. Akhirnya si pemukul mengheret Hoseok keluar dari bilik itu.

Skip

Mata Hoseok perlahan-lahan terbuka. Penglihatannya belum sempurna dan masih kabur. Dia juga terlihat seseorang duduk di hadapannya.

Apabila pandangannya kembali berfungsi. Dia terkejut kerana dirinya diikat di kerusi. Dia kembali memandang ke depan. Hoseok sangat terkejut.

"K-kau.." Hoseok tidak menyangka.

"Ya. Memang aku yang bunuh dorang semua." Kata 'Dia' lalu tersenyum sinis.

"Tapi...kenapa?" Soal Hoseok.

"Sebab aku marah. Marah dengan tindakan korang sebelum ni! Korang tak patut lari!" Jawab 'Dia' sambil memegang pisau.

"Bukan....kau dah mati ke?" Hoseok hairan.

"Kau ingat senang-senang je aku nak mati dalam tangki air tu? Hahaha. Korang memang buta dan bodoh." 'Dia' ketawa.

"Kenapa kau perlu buat semua ni Hyemi?" Soal Hoseok.

Ya. Hyemi adalah pelakunya. Dia buat begini kerana dendam yang sudah lama terbuku di dalam hatinya. Hyemi merenung tajam wajah Hoseok yang sedang ketakutan.

"Aku buat semua ni sebab korang! Kalau korang selamatkan dia, aku takkan bunuh orang! Aku takkan jadi pembunuh!" Jerit Hyemi lalu menangis sambil memegang kepalanya.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now