Twenty-one

231 50 3
                                    

Hoseok's POV

Air mataku tidak henti-henti mengalir. Aku telahpun melihat video setiap orang yang mati. Orang yang mati itu juga ialah chinguku. Kalaulah aku tidak ikut cakap Namjoon untuk lari dan selamatkan appa Hyemi, semua ni takkan jadi. Ini semua kerana aku tersilap langkah.

"Kau tak patut menangis." Ucap Hyemi lalu mengusap air mataku dengan menggunakan sehelai tisu.

"Apa motif kau buat semua ni?" Soalku pada Hyemi.

Hyemi yang seakan-akan mencari sesuatu itu berhenti dari melakukan perbuatannya. Dia berdiri tegak. Badannya dipusingkan untuk menghadapku. Dia tersenyum sinis.

"Berapa kali aku nak bagitau? Aku buat semua ni sebab dendam." Jawab Hyemi yang mencangkung menghadapku.

"Tapi takkan takda cara lain?" Soalku sambil berkerut.

"Haih. Kau tau tak betapa perit dan sakitnya appa aku nak menanggung kecederaan yang dia alami sebelum mati?" Soalnya dengan riak wajah yang sudah berubah muram.

"Tapi ni bukan ca-"

"Inilah caranya! Dorang patut rasa kesakitan yang sama!" Tengkingnya lalu berdiri.

Aku terdiam. Aku tidak mampu melihat wajah Hyemi. Hyemi meraup wajahnya kasar dan menumbuk dinding. Aku tak tahu sama ada dia merasakan kesakitan apabila menumbuk dinding itu.

"Aku taknak buang masa." Katanya lalu mengambil sebuah lagi kamera.

Ianya milik...

Yoongi.

Author's POV

Flashback

"Korang pergilah cari mana-mana kamera dekat sana. Aku akan cari dekat rooftop rumah ni." Kata Yoongi dengan suaranya yang lemah.

"Tapi, boleh ke kau pergi sorang-sorang?" Soal Taehyung yang sedang memegang sebatang besi.

"Ya. Aku boleh." Jawab Yoongi yakin.

"Nah." Taehyung menghulurkan besi itu kepada Yoongi.

"Gomawo." Kata Yoongi.

"Kajja!" Arah Taehyung yang kini menjadi ketua bagi Hoseok, Seokjin dan Songhwa.

Setelah mereka berempat beredar, Yoongi mengeluh panjang. Dia tidak tau sama ada dia perlu lari atau tidak. Akhirnya Yoongi menggelengkan kepalanya dan segera berlari menaiki anak tangga yang menuju ke rooftop.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now