Nineteen

237 49 0
                                    

Author's POV

Kamera yang ketiga diambil oleh Taehyung. Saat ini jugalah dia berasa lemah. Oleh kerana dia menahan sebak, dadanya terasa sakit. Kamera yang ketiga adalah milik Taehyung. Tetapi, rakaman yang berada di dalam kamera itu telah merakam kematian Jungkook.

Jungkook adalah orang yang selalu mendengar luahan hatinya. Tidak kira waktu susah atau senang, Jungkook pasti di sisinya. Pembunuhan Jungkook betul-betul berlaku di hadapan matanya.

"Mianhae Jungkook-ah..."

Setitis air mata Taehyung jatuh ke lantai.

Flashback

Kamera milik Jungkook tiada di tangannya. Taehyung merakam menggunakan kamera miliknya sendiri. Kamera itu tidak berada di dalam genggaman Taehyung. Ianya berada di sebalik jaket yang dipakai oleh Taehyung.

Sebaik saja mereka berdua tiba di tingkat atas, mereka berdua terus mencari bilik stor yang dimaksudkan oleh Hyemi.

"Taehyung, mana bilik yang Hyemi cakap tu?" Soal Jungkook sambil mengelap peluh di dahinya.

"Erm. Aku rasa yang tu." Jawab Taehyung lalu menuding jari ke arah bilik yang berada di kedudukan paling hujung di tingkat itu.

Jungkook mengatur langkah perlahan menuju ke arah bilik itu. Manakala Taehyung hanya berdiam diri dan menunggu dengan keadaan yang risau. Adakah Hyemi mungkiri janjinya? Adakah Hyemi akan membunuh Jungkook juga?

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now