Last Chapter 2

290 47 7
                                    

Author's POV

Hyemi menangis teresak-esak apabila mendapat sepucuk surat terakhir dari Taehyung, iaitu oppanya. Taehyung sudah pun mati kerana kemalangan. Hoseok yang berada di belakangnya hanya mampu menenangkan Hyemi.

"Shh. Saya taknak tengok awak bersedih." Ucap Hoseok.

"Dia saja satu-satunya keluarga saya... hiks." Hyemi mengusap lembut gambar Taehyung.

"Saya pasti yang Taehyung tak mahu tengok awak bersedih macam ni. Tolong jangan menangis, eo?" Hoseok mengusap air mata Hyemi perlahan.

4 years later

Kini, Hyemi sudah pun bergelar isteri kepada Hoseok dan bergelar ibu kepada bayi berumur 2 tahun 2 bulan itu. Langit ditenung lama. Nyaman walaupun mendung. Tak lama lagi, musim sejuk bakal bermula.

Hyemi melihat tarikh yang berada di kalendar di hadapannya. December 3, 2020. Esok adalah hari lahir mendiang oppa tirinya. Kim Seokjin. Hyemi tersenyum hambar. Dia juga teringat akan mendiang oppa kandungnya, Kim Taehyung.

"Kalaulah saeng tak buat kerja gila tu dulu, pasti kita semua akan hidup gembira sampai sekarang." Gumam Hyemi.

Walaupun sudah 5 tahun pemergian sahabat baik dan sahabat kurang warasnya itu berlalu, peristiwa hitam itu masih segar di ingatannya dan Hyemi tetap mengingati mereka tidak kira pagi, petang atau malam. Rasa bersalah masih bertapa di dalam dirinya. Bahunya dicuit seseorang. Hyemi menoleh dan tersenyum lebar.

"Nak apa?" Soal Hyemi.

"Eonnie, Hyeji..nak..aiskrim." Pinta kanak-kanak berumur 4 tahun itu.

"Aiskrim? Jakkaman eo." Hyemi meletakkan cawan berisi teh panas di atas meja itu.

Hyemi pantas berjalan menuju ke dapur. Sewaktu Hyemi membuka peti beku untuk mengambil aiskrim yang diminta Hyeji, anak matanya terlihat satu figura hitam melintasi tingkap di dapur itu. Yang pasti, figura itu masih berada di luar.

Hyemi meletakkan aiskrim itu di atas meja lalu berlari mendapatkan Hyeji dan segera menutup pintu. Hyeji hairan melihat sifat eonnie tirinya itu.

"Waeyo?" Soalnya dengan riak wajah hairan.

"T-tak ada apa-apa. Kajja makan aiskrim dekat dapur." Hyemi menukar topik.

Hyemi cuba untuk bertenang agar character psychonya tidak akan muncul semasa Hyeji bersamanya. Jika tidak, dia akan membahayakan nyawa anaknya juga. Dia juga sudah berjanji untuk tidak berubah seperti itu.

'Pin! Pin!'

"Hyeji makan dan tunggu sekejap tau. Eonnie nak tolong Hoseok oppa angkat beg." Pesan Hyemi pada Hyeji sebelum beredar.

"Nae." Hyeji menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

Baru saja Hyemi membuka pintu rumahnya, dia ditolak kasar sehingga dia terjatuh dan merengek kesakitan. Hyemi memandang manusia yang menolaknya itu. Ianya figura hitam yang baru saja melintasi tingkap dapurnya.

"S-siapa kau?" Soal Hyemi.

Dia hanya berdiam diri. Hyemi berundur. Pintu rumah itu dikunci. Kemudian, kanak-kanak berumur empat tahun itu muncul. Figura itu memandang Hyeji lama. Setelah Hyemi perasan figura itu tidak memandang ke arahnya, dia menoleh. Hyeji...

"Hyeji! Lari!" Jerit Hyemi.

Segera Hyeji berlari menuju ke tingkat atas. Figura itu hanya diam. Dia nencangkung dan menghadap Hyemi.

"Jangan berani kau dekat dengan aku." Ugut Hyemi.

Anak mata Hyemi mencari sesuatu benda yang boleh dijadikan senjatanya sekarang. Kemudian, kerusi plastik berdekatan dengannya dipandang sekilas.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now