Eleven

367 71 7
                                    

Taehyung's POV

Aku terpaksa mengangkat Songhwa dengan cara piggyback. Ya, aku tau dia trauma. Sesekali dia menggigil. Aku mengeluh.

Kini aku dan Songhwa berhenti seketika di bilik yang dipenuhi dengan mesin mencuci baju. Tiada lampu mahupun elektrik di sini. Panas. Itu lah apa yang aku rasakan.

Terang? Cuma cahaya bulan sahaja yang menemani aku dan Songhwa. Mahu dibuka tingkap, ianya berkunci.

"Songhwa-shi, aku nak pergi cari lampu suluh yang aku tinggalkan tadi. Kau boleh tunggu?" Soalku pada Songhwa.

Anak mata Songhwa hanya melilau ke sana sini. Takut. Bagi aku, tindakan 'Dia' ini memang sudah melampau. Songhwa sudah pun menjadi gila.

"Aku pergi kejap je. Tunggu, arra?" Soalku lagi pada Songhwa.

Jawapan dia tetap sama, aku hanya mengeluh. Setelah aku melangkah keluar, aku ternampak kelibat seseorang lalu di kawasan yang gelap di tingkat ini. Aku hanya mengeluh dan mengabaikannya.

Semasa aku memandang ke belakang untuk memastikan Songhwa dalam keadaan baik, tiba-tiba saja Songhwa menerpa ke arahku sambil memegang sebilah...pisau?!

Sempat juga aku menahan Songhwa. Tanganku cuma tercalar sedikit apabila terkena mata pisau itu.

"Kau kenapa?!" Soalku pada Songhwa dengan tengkingan.

"Kau! Kau bunuh dorang semua! Kau yang bunuh!" Jerit Songhwa yang sudah ternyata gila.

"Yah! Keumanhae!" Jeritku.

Kekuatan Songhwa sekarang bagaikan kekuatan seorang namja. Aku cukup terkejut dengan perubahan yang mendadak itu.

Setelah aku menepis pisau itu, akhirnya Songhwa menangis dan ketawa. Ya. Dia memang sudah gila. Mian. Aku menyuruh Songhwa untuk duduk kembali. Setelah itu, aku beredar setelah mengambil pisau tadi.

Author's POV

Setelah Taehyung beredar, kini hanya tinggal Songhwa seorang diri di bilik itu. Sesekali dia menyebut nama 'Jungkook'. Anak matanya juga sering memandang sekeliling.

Gila? Ya. Akibat trauma dan mengalami tekanan jiwa yang melampau, akhirnya Songhwa hilang kewarasannya sebagai seorang manusia.

Semasa matanya melilau memandang keadaan sekeliling, anak matanya terhenti pada satu kamera yang masih merakam. Pantas Songhwa berlari menuju ke arah kamera itu.

Songhwa menghentikan rakaman dan melihat video yang telah dirakam.

"A-apa yang kau buat ni? Ha? Apa yang kau buat ni?!" -Jimin

"Ani. Cuma.." -'Dia'

"Cuma apa bodoh?!" -Jimin

"Kau akan terima balasannya." -'Dia'

Songhwa hanya melihat 'Dia' yang mula menuju ke arah tali yang bersatu dengan tali yang mengikat badan Jimin dari rakaman kamera. Songhwa terkejut apabila melihat 'Dia' menyeluk tangannya ke dalam poket dan mengeluarkan sebatang mancis kecil.

"K-kau nak buat apa dengan mancis tu?!" -Jimin

"Cuma nak..main api." -'Dia'

'Dia' mengambil kamera dari Jimin dan mula merakam Jimin yang ketakutan.

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now