Two

584 99 0
                                    

♙♙♙


Hyemi berjalan masuk ke dalam dormnya dengan langkah berat. Dia kecewa. Ada sebab mengapa dia kecewa.

Raein dan Raesha memerhatikan Hyemi yang kelihatan sedih. Mereka berdua hairan. Raein terus bersuara.

"Yah Hyemi-shi. Kenapa ni?" Soal Raein pada Hyemi.

"Takda apalah. Aku cuma letih. Korang makan je lah Jajangmyeon yang korang beli tu. Aku takda selera." Kata Hyemi lalu terus saja baring di katilnya.

"Yah." Raesha cuba memanggil Hyemi.

Namun tiada sahutan. Hanya bunyi dengkuran saja didengari. Raesha menggelengkan kepalanya.

"Biarlah dia Raesha. Penat agaknya." Kata Raein lalu duduk di sebelah Raesha.

"Maybe." Kata Raesha.


♙skip♙


'Good morning miss Kim!'

Kesemua pelajar mengucapkan selamat kepada Miss Kim. Setelah itu, mereka dibenarkan untuk duduk.

"Baiklah. Saya nak kamu semua buat eksperimen secara berpasangan." Ujar Miss Kim pada pelajar kelas 5-A1

"Partner again? Huh!" Soal Raesha lalu mengeluh panjang.

"Ya. Pasangan kamu tak semestinya bersama lelaki atau perempuan. Saya sudah buat kad untuk pasangan. Bila saya bahagikan kad ini, segera cari siapa pasangan kamu. Faham?" Soal Miss Kim setelah menerangkan segalanya.

"Faham!" Jawab pelajar kelas 5-A1.

Setelah kad dibahagikan, Raesha, Raein dan Hyemi segera melihat kad masing-masing. Ianya berlainan. Ini bermaksud mereka bertiga bukanlah pasangan untuk membuat eksperimen.

Sementara Miss Kim masih lagi mengedarkan kad kepada pelajar lain, Hyemi segera berjalan pergi ke meja-meja pelajar lain untuk memastikan sama ada kadnya sama dengan kad pelajar lain.

Setelah itu, Hyemi putus asa lalu kembali ke tempat duduknya. Belum sempat dia tiba di mejanya, dia telahpun berlanggar dengan seorang lelaki lalu terjatuh.

"Hish. Kau tak nampak jalan ke apa?" Soal Hyemi lalu mencapai kadnya yang jatuh tadi.

Setelah meneliti lama kadnya dan kad lelaki itu, ianya kad yang serupa. Apabila Hyemi memandang saja lelaki itu, mereka berdua terkejut.

"Kau?!" Soal Hyemi dan lelaki itu serentak.

"Miss! Saya tak nak jadi pasangan dia!" Kata Hyemi dan lelaki itu serentak sekali lagi.

"Kim Taehyung. Kim Hyemi. Bila saya dah tentukan sesuatu tu, saya takkan ulanginya semula. Faham? Saya harap kamu semua takkan cuba untuk tukar pasangan." Kata Miss Kim lalu segera menuju ke arah mejanya.

"Kau.. jangan harap aku nak jadi pasangan kau!" Kata Hyemi lalu duduk di mejanya.

"Kau fikir aku nak sangat ke?! Memang tak lah!" Kata Taehyung lalu pergi ke arah mejanya.

"Guys! Siapa yang dapat kad gambar beruang?" Soal Yoongi pada semua rakan sekelasnya sambil menunjukkan kad yang dipegangnya.

"Jung Raesha!" Jerit seorang pelajar lelaki.

"Apa?!" Yoongi agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki tadi.

"Haha!" Jungkook mentertawakan Yoongi yang sedang memijak-mijak kad bergambar beruang itu.

"Junhye, kad kau mesti sama dengan aku kan?" Soal Jungkook dengan bangganya.

"Tak lah." Jawab Junhee sambil menggelengkan kepalanya.

"Apa? Habis, kau pasangan dengan siapa?" Soal Jungkook.

"Dengan Mark." Jawab Junhye lalu tersenyum lebar.

"Btw, pasangan kau Raein." Kata Junhye lalu berpaling ke arah Mark.

"Apa?!" Jungkook pula yang terkejut dengan kata-kata Junhye.

"Haha!" Yoongi ketawa sehingga terbaring di lantai kerana Jungkook menerima nasib sepertinya.

"Dah! Jangan nak buat bising lagi! Sekarang, keluarkan buku nota sains masing-masing! Miss nak buat pemeriksaan!" Kata Miss Kim dengan tegas.

"Aduh. Aku tak siap lagi." Kata Namjoon sambil mengusutkan kepalanya.


♙skip♙


Setelah kelas Miss Kim tamat, BTS masuk semula ke dalam kelas dengan langkah yang perlahan. Sakit kaki mungkin.

"Raein, kaki kau sakit tak?" Soal Raesha dengan meninggikan sedikit suaranya.

"Tak." Jawab Raein pelik.

"Aku harap kaki kau tak sakit sebab kena denda tau. Haha!" Kata Raesha lalu ketawa bersama pelajar yang lain.

"Kau fikir lawak ke?!" Soal Yoongi dengan nada yang kasar kerana marah.

"Aku ada suruh kau gelak? Tak kan? Jadi, kau diam je lah." Kata Raesha lalu keluar dari kelas sambil menunjukkan senyuman sinis.

Semua pelajar keluar dari kelas sambil mentertawakan BTS. BTS hanya menahan sabar. Mereka tidak mahu masuk ke dalam kelas tahanan.


♙skip♙


"Baiklah. Sekarang, saya mahu kamu semua ambil peralatan muzik masing-masing. Seperti biasa, Hyemi akan bermain guitar, Raein bermain seruling dan Raesha akan bermain piano. Pelajar lain, sila ambil alat muzik yang kamu suka sekarang." Arah Mr. Lee kepada pelajar 5-A1.

"Tapi Mr. Lee, saya lagi pandai main piano dari dia!" Kata Yoongi tidak puas hati lalu menjeling Raesha.

"Aku tau kau jeles. Hohoho. Kau tak layak nak main piano agaknya. Aku rasa kau boleh main benda yang tiga segi tu agaknya." Kata Raesha lalu ketawa besar bersama Hyemi dan Raein.

"Dah! Saya tak mahu peralatan di sini rosak lagi disebabkan pergaduhan kamu! Sekarang ambil tempat masing-masing!" Arah Mr. Lee dengan tegas.


♙skip♙


"Sekarang, Raesha, sila mainkan lagu yang kamu dengar. Yang lain, sila ikuti irama yang dimainkan oleh Raesha." Arah Mr. Lee.

"Baik!" Akur pelajar 5-A1 kecuali BTS.

Setelah piano dimainkan Raesha, pelajar terus saja ikuti rentak mainan piano Raesha. Ianya lagu kegemaran ramai. Paper Hearts. Hyemi yang bermain guitar menunggu saat untuk bermain.

BTS hanya memerhati sehingga lagu tamat dimainkan. Setelah itu, pelajar kembali fokus pada Mr. Lee.

"Saya bangga sebab kamu semua sudah pun mahir untuk menggunakan kesemua alat muzik ni. Jadi saya harap, kamu semua dapat lakukan yang terbaik sehingga hari graduasi kamu." Kata Mr. Lee panjang lebar.

"Kenapa?" Semua pelajar terkejut kecuali BTS yang membuat hal masing-masing.

"Akan ada persembahan semasa graduasi, dan kamu semua terpilih." Kata Mr. Lee.

"Raesha akan menjadi ketua untuk menjadi pengiring pelajar lain." Kata Mr. Lee lagi.

"Aduhh." Keluh Raesha.


♙TBC♙

Sincerely,
[ violet ]

[C] Find The Killer S1 [Edited]Where stories live. Discover now