Orang Melayu cepat melatah
Tersenggol anjing cepat menyinga
Padahal perlu sertu sahaja
Kalau bersentuhan bukan muhrim
Lagilah mereka suka
Berpeluk sakan beria-ria meski hanya drama semata
Perlakuan itu hina durjanaOrang Melayu mudah melatah
Buat apa serba tak kena
Bab agama bertekak macamlah dia ahlinya
Padahal rokok tak pernah lepas
Daripada disepit di celahan bibirnya
Biarpun sudah nyata dan terang
Muzakarah Kebangsaan mengatakan haramOrang Melayu banyak ragamnya
Pening Najib hendak memerintah
Ditarik subsidi bangkit semua
Biarpun kerja tidak semegah
Duit BR1M ditabur bersorak gembira
Sedangkan itu umpan murah
Agar Melayu dungu terus lalai lekaAduhai Melayu
Mengapa mesti jadi begitu
Tak sempat berkembang sudah pun layu
Entah terlebih baja subsidi
Ditanam tak berbunga
Berbuah jauh sekaliSedarlah Melayu dari tidurmu
Hidup ini tidak seindah mimpimu
Sudah ramai orang datang menyerbu
Cuba merobek menghancur ibu pertiwi mu
Sedarlah kita kesuntukan waktu
Merebut kembali kegemilangan kita
Yang pernah kita bina di persada dunia duluSudah tiba masanya harimau Malaya ini bangun
Menampar menendang si musang guntang berbulu ayam
Merentap tirai tirani melangkah sakti
Mencengkam dunia dalam menunduk sujud ke tanah
Memasakkan tiang-tiang seri Islam
Mengukuhkan Malaysia rumah besar kita#berahipuisi
Edyoungster
2015
16:30

ANDA SEDANG MEMBACA
#berahipuisi
PoésieKumpulan puisi daripada hatiku yang berahi dengan puisi dan afektasi kata. Lulz.