Patah Sayap

37 0 0
                                    

Kelmarin aku patah
Semalam aku rebah
Ku panggil namamu berulang kali
Namun sepi yang menyapa lalu

Lalu aku bingung sendiri
Mencari jawapan tiada pasti
Menebak di balik langit
Di mana aku boleh menemukan mu

Hari ini seorang anak
Merenung jauh langit mu
Menebar pandangan tulusnya
Sepertinya mencari mu
Namun ku tahu kau tiada muncul

Anak itu bangun mendapatkan ku
Kau mahu cari Tuhan kak?
Tuhan itu di langit
Tapi wujudnya bermula di sini
Tepat dalam hatimu
Lalu kenapa masih kulihat
Kau masih tercari-cari Tuhanmu?

Mungkin bukan sayap mu yang patah
Tapi jiwamu yang mati
Bagaimana mahu kemudi
Jika nakhodanya mati
Maka mintalah agar diberi ganti

Barulah aku mengerti
Aku yang tersalah membaiki
Ku gilap karat daki
Ku biar enjinnya mati
Masakan sayap terbang kembali
Andai kemudinya dibiar sepi?

Diam bertafakur
Mencari hakikat di dalam diri
Menebak rahsia Ilahi
Bingkas bangun menebarkan sayap
Terbang bersama malaikat dini hari
Dalam menunduk abdi
Melewati cinta sepertiga masa

11:38
090616
Edyoungster
Sintok, KDA

#berahipuisi Where stories live. Discover now