Memori

19 0 0
                                    

Aku yang terkunci
Dalam ruang masa kecil
Dalam memori dasar hati
Rindu yang sudah lama tiada menggamit kini entah kenapa menyeru namamu

Masihkah kau ingat
Saat aku hilang sabar dan kau memadam amarahku
Masihkah kau ingat
Saat aku mengganggu ketenanganmu
Sedang kau melukis dan membuat seni lalu aku ketawa riang

Atau masihkah kau ingat
Saat kau sekadar senyum dan diam sedang gadis-gadis lain mahu berbicara denganmu
Lalu kau memilih untuk bergelak ketawa denganku
Kau memilih untuk membuka topengmu di hadapanku
Tanpa khuatir dan malu
Kerana kita selesa begitu

Lalu masa memisahkan kita
Dan aku masih rindu persahabatan masa kecil kita
Yang penuh gelak ketawa dan setia
Aku hanya mengenal setia
Kerana bersahabat denganmu
Tiada pernah memerlukan khianat

Jikalau kita bertemu kembali
Harapanku cuma satu
Agar kau dan aku boleh bersahabat seperti dulu
Kerana aku mulai bosan
Bersahabat seperti hari ini
Kerana dengan kau
Aku belajar erti setia bersahabat

Yang dalam diam merindu
Aku teman akrabmu sewaktu kecil dahulu

011016
21:36
Edyoungster
Sintok KDA

#berahipuisi Where stories live. Discover now