Malam ini puas ku renung langit yang ditaburi bintang kejora
Ku renung langit itu bersilih ganti dengan kitab titah mu
Yang ku pegang kemas di tangan kananku
Malik!
Berikan aku petunjuk
Yang mana satu biasan kaca
Yang mana satu sinaran kejora
Muhammad!
Ku seru namamu kekasih
Berulang kali aku menelaah
Perenggan demi perenggan
Frasa demi frasa
Ajaran mu yang disebar sejagat raya
Bukankah kau manusia pilihan dia?
Yang dipelihara daripada dosa dan dusta
Adakah kau yang gagal menyampaikan
Atau kami yang gagal memahamkan?
Muhammad ku bukanlah seperti yang difitnah orang
Dia insan mulia lagi penyayang
Bijaksana lagi tinggi pekertinya
Aku kurang mengerti
Mengapa hari ini ajaran mu
Dan fitrah hakiki semakin banyak yang tidak selari
Tafsiran terlalu banyak
Penghayatan terlalu sedikit
Pergaduhan semakin keras
Perdamaian semakin singkat
Ketaksuban semakin tebal
Dan aku semakin kekeliruan
Dangkal dalam memahami yang diajarkan
Aku mencari dikau dalam gelap dan terang
Ketika siang benderang malam gelita
Tatkala dalam nyata dan bayang
Dan yakin Rahman ku
Jauh besar pengampunannya daripada Sang Raja Mesir purba
Harapan dan kegusaranku itu sahaja kubawa sehingga bertemu denganmu#berahipuisi
22:00
250916
Edyoungster
Sintok KDA
![](https://img.wattpad.com/cover/60828316-288-k537430.jpg)
YOU ARE READING
#berahipuisi
PoesiaKumpulan puisi daripada hatiku yang berahi dengan puisi dan afektasi kata. Lulz.