Bab 11
KEVIN POV
Selepas sahaja Amelia dan Alex masuk ke dalam bilik Amelia, aku terus sahaja pergi ke tempat sepupuku.
"Weyh korang! Korang tak takut ker tengok movie tadi?" tanya ku sambil melihat sepupuku.
"Actually, aku sebenarnya takut tengok movie tu tapi apa kan daya terpaksa lah aku berlakon depan Amelia dan Alex supaya mereka percaya yang aku ne berani." Kata Andie.
"Aku juga!" kata Samuel sambil mengangkat tangan kanannya.
"Me too!" kata Fikri sambil melihat sepupuku.
"Jangan lupa orang di sini!" kata Jojo sambil mengangkat tangannya.
"Rata-rata semua pun takut dengan movie tu. Apa lagi movie tu based on true story!" kata ku.
Sepupuku diam sambil melihat sekeliling mereka. "Weyh korang, dah la. Jom ahh masuk ke dalam bilik. Meremang bulu roma aku ne!" kata Fikri sambil memegang lengannya.
"Jap, aku sebenarnya takut nak tidur satu orang kat bilik aku. Aku takut selimut aku ditarik malam-malam. Boleh sesiapa temankan aku tidur ker?" tanya Danny.
"Woah! Aku pun takut tidur sorang-sorang. Apa kata kita tidur satu bilik? Macamana?" cadang Samuel. Boleh juga idea dia ni.
"Okay! Jom ahh masuk dalam bilik Jojo dan John!" kata ku. Jojo dan John melihat ku.
"Asal bilik kitaorang?" tanya John.
"Sebab bilik korang besar. Dah kembar mestilah bilik besar." Kataku sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Yelah! Jom ah masuk!" kata Jojo sambil memulas tombol pintu bilik mereka berdua. Kami semua masuk ke dalam bilik Jojo dan John. Aku menghempas kan tubuhku di katil John.
John dan Jojo mengambil selimut dan bantal lebih untuk kitaorang. Apabila kami mengambil tempat untuk tidur tiba-tiba elektrik terputus.
"OMO!" kata Samuel lalu dia berlari menuju ke tempatku.
Sepupuku jugak begitu.
"Kan aku dah kata. Mesti pembunuh tu nak kacau kitaorang!" kata Fikri. Walaupun gelap, kitaorang tetap memberanikan diri.
"Ne semua salah Jojo. Kenapa lah awak download movie horror ne! Cuba lah awak download movie fariytale ker? Ne download movie horror" kata Andie sambil mendengus.
"Hehe, maaflah. Cerita ne best, aku download lah!" kata Jojo.
"Maaf konon, awak tengok sekarang, hantu tu datang!" kata James.
"Korang ne, elektrik dah putus korang masih lagi bergaduh. Dah, sekarang kita cari lampu suluh then kita keluar dari bilik ne." kataku lalu aku berlalu dari situ.
Semua pun berpecah mencari lampu suluh.
"Ish! Bukan tadi lampu suluh tu ada kat sini ker?" tanya Jojo sambil mendengus.
"John! Cuba awak check di laci meja aku kalau ada lampu suluh." Kata Jojo.
"Tak ada lah! pelik lah, sepatutnya lampu suluh tu ada kat sini. Kenapa sekarang tak ada?" tanya John. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku kemudian aku berjalan menuju ke almari Jojo.
Tiba-tiba ada aku terdengar bunyi tangisan bayi. Aku berhenti dari mencari lampu suluh itu kemudian aku berdiri.
"Guys! Diam!" kataku sambil mengundurkan diriku dari almari tu.
Sepupuku semua berhenti dari mencari lampu suluh itu.
"Apa hal?" tanya James sambil berjalan menuju ku. Begitu juga dengan sepupuku. Jantung ku berdengup kencang.
YOU ARE READING
Sepupuku Bodyguardku
Teen FictionKisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. ...