Bab 2
Aku sekali lagi melihat sepupu-sepupu lelaki ku. Tak ada sepupu perempuan ker? Atau aku jer sepupu perempuan ne? Tanya ku dalam hati. Aku melihat semua Auntie-auntie dan Uncle-uncle ku tengah bersembang.
Hmm rindu sangat ker mereka? Sampai tak nak kenal-kenalkan aku dengan anak mereka ne? Tanya ku sekali lagi dalam hati. Aku kemudiannya melihat sepupu-sepupu ku. Semua pun tengah melayan handphone sendiri. Fuhh nak buat apa ne? Aku kemudiannya melihat ke luar, lalu aku berdiri untuk bersiar-siar.
"Lia. Nak kemana tu?" Tanya mama ku. Semua yang ada di sana melihat ku.
Aku senyum lalu berkata "Nak pergi bersiar-siar!" kata ku lalu menyambung semula perjalanan ku.
"Biar Kevin yang bawa awak. Nanti awak sesat lagi!" kata Anty Sarah.
"Ehh, tak pa anty. Amelia bukan budak kecik lagi la" kata aku sambil senyum ke arah anty Sarah.
"Betul ker ne?" Tanya anty Sarah lagi.
"Yer, tak apa." Kata ku lagi lalu berjalan ke arah pintu utama itu. Aku membuka pintu itu, kemudian aku menutup semula pintu itu.
Angin masa tu sangat sejuk. Aku kemudiannya berjalan ke arah taman mini itu. Aku melihat bunga-bunga yang kembang itu. Aku senyum. Kemudiannya aku sambung berjalan. Aku meletakkan kedua-dua tangan ku di poketku. Besar gilerr ne rumah! Kataku.
Aku kemudian berhenti di suatu tempat. Aku melihat ke atas pokok yang tinggi itu. Ada tree house!
Aku segera menaiki anak tangga itu. Baru sahaja nak sampai ke tree house tiba-tiba ada suara lelaki menjerit.
"WOII! PENCEROBOH!" kata nya. Terkejut aku sehingga aku tersilap langkah. Oh no! kataku dalam hati sebelum aku jatuh. Aku menutup mata ku erat menuggu kesakitan yang bakal ku terima nanti. Tetapi apabila aku sampai ke bawah, aku tidak merasakan apa-apa kesakitan. Aku membuka mata ku.
Aku sekarang ada di tangan Kevin. Aku segera turun.
"Nasib baik awak tak jatuh ke lantai!" kata Kevin.
"Awak okey ker?" Tanya Kevin sekali lagi.
"Aku okey!" kata aku. Aku kemudiannya melihat sepupu-sepupu ku yang lain. Mereka semua ada di sini.
Aku menundukkan kepala ku. Bukannya apa, tetapi aku tak biasa dengan lelaki and muka mereka semua menakutkan.
"Err, memandangkan kita bertujuh belum kenal awak, apa kata awak kenalkan diri awak. Lepas tu, baru kitaorang kenalkan diri kitaorang." Kata sepupu ku di sebelah Kevin. Siap mengenyitkan matanya lagi. Aku senyum.
"Jom kita semua naik ke tree house kita." Kata Kevin. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku lalu berjalan menuju ke tangga itu.
"Ladies first!" kata Kevin. Aku gelak menampakkan lesung pipit ku. Apabila sampai sahaja kitaorang di atas, mereka mengambil tempat mereka. Aku berdiri mencari tempat untuk duduk. Tetapi tiada tempat untuk aku duduk.
"Ehh, lupa pulak awak ada kat sini. Nah!" kata Kevin lalu mengambil kerusi kecil untuk saya. Aku duduk.
"Okay, sekarang mulakan!" kata Kevin. Aku menarik nafas panjang-panjang lalu berkata.
"Namaku Amelia Richard Benny. Umur ku 16 tahun. Aku tak bersekolah. Aku hanya berlajar di rumah. Mama dan ayahku mengupah guru untuk mengajar aku. Aku pun tak tahu kenapa mereka buat macam tu. Aku ne pemalu dan pendiam. Aku sebenarnya tak da kawan semasa di America. Yelah nama pun aku tak bersekolah. Hobi aku bermain guitar, menyanyi dan aku suka melukis." Kata ku lalu melihat mereka semua.
YOU ARE READING
Sepupuku Bodyguardku
Teen FictionKisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. ...