Chapter 7

3.9K 145 5
                                    

Bab 7

KEVIN POV

Recap : Aku melihat gambar itu kemudian aku terkejut melihat gambar itu. Terbeliak mataku.

"Ini...."

"KEVINN!" Panggil auntie Sherry. Aku tersentak lalu aku segera menyimpan gambar itu ke dalam poket seluar aku. Aku berlari menuju ke dalam rumah lalu aku pergi ke tempat di mana auntie Sherry berada.

"Yer auntie?" kataku sambil melihatnya.

"Nah! Bagi teh ini dengan Amelia." Kata auntie Sherry sambil menghulurkan segelas cawan kepadaku. "Teh ini untuk mengurangkan rasa sakit kepala Amelia." Kata auntie Sherry lagi.

"Baiklah auntie!" kataku lalu mengambil cawan itu.

Aku berjalan menuju ke bilik ku dengan berhati-hati.

Aku memulas tombol pintu itu dengan perlahan-lahan. Pengasuh-pengasuh itu segera keluar. Aku berjalan menuju ke tempat Amelia.

"Ameliaa!" kataku perlahan-lahan.

AMELIA POV

"Ameliaa!"

Aku mendengar nama ku di panggil. Aku segera membuka mataku. Aku mengosok-gosokkan mataku lalu aku melihat gerangan siapakah yang telah bangunkan aku.

"Oh Kevin!" kataku lalu aku segera duduk.

"Nah, minum teh ne! ini mengurangkan sedikit pening kat kepala awak!" kata Kevin sambil menghulurkan segelas cawan kepadaku. Aku senyum lalu mengambil cawan itu. Aku perlahan-lahan minum teh itu.

"Hmm, siapa buat ne?" tanyaku.

"Auntie Sherry yang bagi kata awak!" kata Kevin.

"Ohh," kataku lalu aku meneguk air teh itu.

"Bila yang lain sampai?" tanya ku.

"Jam 11.30 tengah hari mereka keluar dari sekolah. Awak nak ikut aku ambil mereka ker?" tanya Kevin sambil mengambil cawan yang berada di tangan ku. Kemudian, dia meletakkan cawan itu di meja nya.

"Boleh jugak!" kataku lalu aku melihat ke arah jam dinding bilik Kevin. Jam menunjukkan jam 11.15 tengah hari.

"Jom la, dah 11.15 tengah hari dah ne!" kataku.

"Ha'ah lah. lupa pula nak check jam!" kata Kevin lalu berdiri.

"Jomm!" kata ku sambil membawa dompet dan telefon bimbit ku.

Kami berdua berjalan menuruni tangga sehingga lah auntie Chelle menyapa kitaorang. "hah? Nak pergi mana lagi ne?" tanya auntie Chelle.

"Pergi jemput yang lain di sekolah. Boleh kan aku bawa Amelia pergi ke sekolah? Kitaorang tak turun pun!" kata Kevin.

"hmm, boleh. Jaga Amelia dengan baik. Hati-hati di jalan raya okay!" kata auntie Chelle lalu dia berlalu di situ. Kitaorang berjalan menuju ke kereta Kevin lalu kitaorang pun menuju ke destinasi yang ditujui.

DI SEKOLAH..

Tepat jam 11.30 tengah hari, lonceng pun berbunyi menandakkan waktu persekolahan dah selesai. Ramai pelajar-pelajar keluar dengan hati yang gembira.

"Want to see some magic?" tanya Kevin.

"What magic?" tanyaku lagi.

"Awak tengok di pintu utama sekolah ne. aku kira sampai tiga. Awak tengok apa yang terjadi." Kata Kevin sambil senyum.

Aku pun melihat ke arah pintu utama itu. Kevin mula mengira.

"1..2..3!" selesai sahaja Kevin mengira tetiba ramai pelajar perempuan berkumpul di pintu utama.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now