Bab 16
AMELIA POV
"Kak! Kakak Amelia!" Sweet melompat-lompat di katilku. Aku membuka mata ku perlahan-lahan.
"Kakak! Sweet lapar." Kata Sweet sambil memegang perutnya. Aku melihat ke dinding. Jam menunjukkan pukul 6 pagi.
"Kejap yer cutiepie. Kakak pergi berus gigi dulu yer!" kata ku lalu pergi ke bilik mandi. Aku memberus gigiku lalu mencuci muka ku. Kemudian aku keluar dari bilik mandi lalu aku mengikat rambutku.
"Jom~" kataku sambil mengangkat Sweet.
Aku perlahan-lahan menuruni tangga itu.
"Eh Amelia, Sweet? Awal bangun?" sapa uncle Herman.
"Morning to you too Uncle" kataku sambil senyum.
"Ohh, lupa. Goodmorning!" kata Uncle Herman sambil senyum.
"Sweet kata dia lapar. Amelia temankan lah dia!" kataku.
"Apa kata kalau Sweet dan Amelia sarapan sama-sama dengan uncle?" ajak uncle Herman.
"Oh~ uncle. Amelia belum nak sarapan lagi. Sweet jer nak makan. Sweet, apa kata Sweet sarapan dengan uncle Herman? Sementara akak pergi mandi?" kataku sambil melihat Sweet.
Sweet menganggukkan kepalanya lalu dia turun. Sweet berlari menuju ke tempat Uncle Herman. Aku kemudiannya naik semula menuju ke bilikku.
~~
Selesai sahaja rutin pagi aku iaitu membersihkan badanku dan segala-galanya, aku keluar dari bilikku. Aku menuruni tangga untuk melihat Sweet.
Sweet tengah menonton rancangan televisyen iaitu SpongeBob SquarePants. Aku mendekatinya. "Sweet taknak mandi ker?" tanyaku sambil melihatnya.
"Nakk~" katanya. Kemudian dia menekan butang warna merah untuk menutup televisyen itu.
"Jom~" kata Sweet sambil menarik tanganku. Aku mengikutinya dari belakang. "Akak, Sweet nak akak mandikan Sweet, boleh?" tanya Sweet sambil melihatku.
"Bolehh!" kataku.
~~
"Kakak, kakak tau tak abang James takut dengan spider?" kata Sweet sambil bermain dengan patung beruangnya.
"Yeke?" tanyaku sambil mendekatinya.
"Ha'ah~ tu hari kan, mama bawa Sweet pergi shopping, then Sweet nampak patung spider. Size patung tu kecil jer. Sweet beli lah. then malam tu abang James tengah bermain kat bilik Sweet. Sweet kemudiannya mengambil patung yang dibeli Sweet. Sweet pergi balingkan patung spider tu, then abang James menjerit seperti perempuan. Dia melompat-lompat seperti dia terpijak sesuatu yang tajam. Jeritan perempuan abang James membuatkan mama dan papa datang ke bilik Sweet. Abang James masih lagi melompat-lompat. Terburai gelak tawa mama dan papa."
Aku gelak berabis.
"Haha, betul ker ne?" kataku sambil mengesat air mataku akibat terlalu ketawa.
"Yer akak! Sweet ada bawakan patung spider tu." Kata Sweet sambil tu dia berdiri berlari ke arah begnya. Tidak lama kemudian, Sweet membawa patung spider yang dia katakan.
"Nah~" Sweet berikan patung spider tu ke tempat ku.
"Ambil lah untuk takut-takutkan abang James." kata Sweet lagi. Sweet kemudiannya duduk semula sambil bermain patung spidernya.
Aku melihat patung itu sambil tersenyum jahat. Setelah itu, aku meletakkan patung spider itu di poketku lalu bermain dengan Sweet.
~~
YOU ARE READING
Sepupuku Bodyguardku
Teen FictionKisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. ...