Chapter 9

4.1K 141 7
                                    

Bab 9

Sampai sahaja kami bertiga di kelas, semua mata memandang aku. Aku menundukkan kepalaku sambil berjalan. Andie kemudiannya pergi ke arah guru lalu membisik sesuatu. Kemudian, guru itu melihatku lalu dia memanggilku. "Okay kelas, hari ne kita ada pelajar baru. Sila perkenalkan diri awak!" kata cikgu perempuan itu. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku lalu aku menghadap ke hadapan.

"Nama saya Amelia Richard. saya pelajar baru disini. Sila beri tunjuk ajar kepada saya." Kataku sambil senyum.

"Okay, sekarang awak boleh cari tempat duduk." Kata cikgu perempuan itu atau lebih dikenali Cikgu Joyce.

"Baiklah, cikgu" kataku.

Aku melihat ke hadapan mencari tempat duduk. "Psst! Amelia. awak duduk kat sini!" panggil Andie. Aku senyum lalu aku berjalan menuju ke tempat Andie. Ada mata-mata yang menjeling ke arah ku sebaik sahaja Andie memanggil ku.

Aku duduk di belakang Andie dan Samuel. Aku duduk di tempat kosong. Aku melihat ke kiri ku. Ada seorang perempuan berambut pendek. Kulitnya putih gebu dan matanya sangat besar.

"Hai" sapa ku. Sejurus kemudian itu, perempuan itu melihat ke arah ku.

"Hai jugak." Katanya. "Aku Alexzandra" katanya lagi.

"Selamat berkenalan." Kataku lalu aku menghadap ke hadapan. Sesi pelajaran pun bermula.

~~~

KRINGG!

"Ahhhh! Akhirnya rehat 1 jam." Kata Samuel sambil mengeliat. Murid-murid pun keluar dari kelas tinggal kami berempat termasuk Alexzandra.

"Jom pergi makan!" kata Andie lalu dia berjalan menuju ke pintu. Diikuti dengan Alexzandra.

"Jom Amelia!" ajak Samuel.

"Err, korang pergi la dulu. Aku nak ke tandas kejap!" kata ku. Memang betul pun aku nak ke tandas.

"Nak kitaorang temankan?" tanya Samuel sambil melihat ku.

"Err, tak payahlah. Aku boleh jaga diri sendiri. Korang pergi lah dulu, karang aku kejar korang! Aku dah tahu dah selok belok nak pergi ke kantin ne!" kata ku.

Andie dan Samuel saling pandang memandang. "Okay lah kalau macam tu!" kata Samuel akhirnya.

Mereka bertiga keluar dari kelas itu. Aku segera berdiri lalu aku berjalan menuju ke arah tandas.

Sebaik sahaja aku menjumpai tandas aku segera masuk.

Langkah ku terhenti buat seketika.

"Tak sangka kita berjumpa lagi." Kata Jane sambil berpeluk tubuh. Aku menundukkan kepalaku lalu aku cuba untuk jalan melepasi mereka. Tetapi mereka menghalangku.

"Tepila, aku nak ke tandas!" kataku sambil membuat muka marah.

"Haha, rupanya awak berani dah lawan kitaorang." Kata Jane sambil membetulkan rambut depannya. Aku menjeling ke arah mereka lalu aku cuba untuk melepasi mereka. Tetapi buat kali kedua mereka menghalang aku.

"Aku belum habis cakap dengan kau lah perempuan!" kata Jane kasar sambil melihat ku.

Walaupun aku takut tetapi aku cuba sedaya upaya untuk berani kan diri untuk berhadapan dengan Jane.

"Weik, ne pun kawasan kau ker? Adakah patut tandas pun korang nak kawal?" kataku lalu aku memusingkan badanku untuk keluar dari situ.

"Aku tak boleh lepaskan kau begitu sahaja! Geng halang dia!" kata Jane kemudian gengnya itu menghalang ku dari keluar dari situ. Aku menundukkan kepalaku menahan geram. Kemudian, aku memegang buah rantai itu lalu menekannya.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now