PROLOG.
Aku tidak pernah menyangka bahawa aku mempunyai sepupu. Kata mama ku, datuk dan nenek hanya ada satu anak sahaja iaitu mama aku. Aku membaca lagi surat yang baru sahaja posman hantar kan. Surat itu dari Sarah Benny, iaitu kakak kepada mama ku. Pada mulanya, aku tak nak baca surat itu tetapi tangan ku gatal sangat nak baca isi-isi surat itu. Aku membaca surat itu.
Mia,
Hai adikku, Apa khabar? Kami di sini baik-baik sahaja. Akak rindu sesangat dengan Mia. Bila Mia nak balik kat sini Malaysia? Dah 16 tahun dah kitaorang tunggu kepulangan korang bertiga. Balik lah wahai adik ku. Kami di sini dah menyesal atas perbuatan yang kami lakukan kepada mu. Kitaorang menyesal. Kami cuma nak awak....
"Honey we home" teriak mamaku mematikan lamunanku. Aku segera berdiri lalu menyembunyikan surat itu di belakang aku. Aku melihat kelibat kedua-dua ibubapaku. "Hye mom, Hye dad!" kataku lalu memegang erat surat itu. "Hye sweetheart! How was your day? Great?" tanya ayahku sambil memeluk ku.
"Lia.." kata mamaku. Aku melihat mamaku lalu senyum. "Apa yang awak sembunyi kat belakang awak tu?" tanya mama ku. Aku menelan air liurku. Aduh. Macamana aku nak cakap ne? kata ku dalam hati. Aku mengetap bibirku lalu menundukkan kepalaku. Perlahan-lahan ayahku menarik kertas yang ada di dalam genggaman ku.
Ayahku membaca surat itu. Dia kemudiannya melihat mama ku sambil membesarkan matanya. "Anything wrong dear?" tanya mamaku lalu mencapai surat itu dari ayahku. Mamaku membaca surat itu lalu melihat aku. Aku yang tengah berdiri langsung sahaja lari dari ruang tamu itu. Aku segera naik ke bilik aku. Aku menghiraukan panggilan mama dan ayahku.
Kenapa mereka tak bagitahu kalau mama ada kakak dan abang? Kenapa mereka tak bagitahu aku? Aku ada sepupu? Itulah soalan yang bermain di fikiran ku. Aku membaringkan tubuh ke katil. Aku kemudiannya menangis tanpa berhenti. Tiba-tiba ada tangan yang mengusap-usap belakangku. Aku melihat tubuh yang tengah duduk di katil aku. Ayahku.
Aku segera duduk melihat wajah ayahku. Ayahku senyum lalu mendekatkan lagi jarak aku dan ayahku. Dia kemudiannya mengesat air mata yang mengalir ke pipi ku. Mamaku segera masuk ke bilik ku lalu duduk di sebelah kiri ku. "Sayang.." kata mamaku lalu memeluk ku. "We can explain!" kata mama ku. Aku senyum lalu menunggu penjelasan dari mama ku. Mama ku melihat ayah ku kemudian dia melihat aku semula.
"Sebenarnya...
Do comment and vote!
YOU ARE READING
Sepupuku Bodyguardku
Teen FictionKisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. ...