Bab 12
AMELIA POV
Jam menunjukkan tepat pada nombor 8. Aku menguap sambil menyandarkan diri ku di sofa. Sepupuku masih lagi bercerita tentang masa lalu mereka. Aku menyedari James sedang melihat ku. Kemudian aku berpaling ke tempatnya.
James senyum lalu dia mendekati aku. Dia kemudiannya menolak kepala ku perlahan-lahan hingga ke bahunya. Dia menarik selimut lalu dia menyelemuti aku. Aku senyum ke arah nya lalu aku menutup mataku.
Aku menyedari sepupuku melihatku dan James.
Mereka tidak lagi pandang James dengan pandangan tajam bahkan mereka senyum melihat kami berdua. Aku merasakan James memegang pinggang ku seperti dia memelukku. Aku berasa sangat selesa menyebabkan aku tertidur.
~~~
Dengkuran halus dari pada James membuatkan aku terjaga dari tidur ku. Aku membuka perlahan-lahan mataku lalu aku melilau melihat sepupuku semuanya sedang tidur di lantai.
Kemudian aku mencari susuk tubuh Alex. Aku melihat Alex sedang tidur di katil Jojo dengan nyaman sekali. Kemudian aku melihat James yang sedang tidur. Sungguh comel sekali James tidur. Aku senyum. 5 minit aku melihatnya tidur.
Setelah itu, aku bercadang nak keluar dari bilik itu. Apabila aku ingin berdiri, tiba-tiba ada tangan yang memegang pinggang ku. Aku melihat tangan itu. Tangan itu kepunyaan James. Aku senyum.
Aku memegang tangan James perlahan-lahan kemudian aku menarik tangan James lalu meletakkan tangannya di sisinya. Ini membuatkan James bergerak sikit lalu dia memelukku.
Ish, James ne. kenapalah tabiat ne kena pada James. -.- Kemudian aku menarik badan ku lalu aku berdiri. Aku menyelimuti James kemudian aku keluar dari situ. Aku menguap kemudian aku mengeliat. Setelah itu aku berjalan menuju ke bilik ku untuk mandi.
Aku mencapai tuala ku lalu aku masuk ke dalam bilik mandi. 30 minit dalam bilik mandi itu akhirnya aku keluar dari bilik mandi itu. Kemudian aku menuju ke bilik persalinan. Aku mengambil baju t-shirt berwarna biru muda dan jeans pendek. Kemudian aku memakainya.
Selesai aku memakai baju ku, aku pergi ke arah meja solek ku. Aku mencapai perfume ku lalu aku memakainya. Setelah itu aku keluar dari bilik ku. Aku berjalan menuju ke tangga lalu aku menuruni tangga itu dengan perlahan-lahan.
"Morning sweetie!" sapa uncle Henry.
"Morning uncle!" balas ku lalu aku menuju ke ruang tamu.
"Hai hun, selamat pagii!" sapa auntie Chelle pulak. Dia berjalan ke arah ku lalu dia mengucup di dahiku.
"Selamat pagi jugak auntie!" aku senyum ke arah auntie Chelle.
"Hai Amelia!" sapa uncle Herman sambil dia duduk di sebelahku.
"Hai uncle Herman." Balasku sambil aku melihatnya.
"Dah sarapan?" tanya uncle Herman. Aku mengeleng-gelengkan kepalaku.
"Belum, aku tunggu mereka yang lain turun!" kata ku.
"So, awak suka bodyguard yang uncle upah?" tanya uncle Herman sambil dia membuatkan tali lehernya. Aku melihat sahaja uncle Herman membuat tali lehernya itu.
"Suka." Kataku pendek. Kemudian aku melihat uncle Herman tengah menarik tali lehernya dengan kemas. "Baguslah kalau Amelia suka. Lega hati uncle." Kata uncle Herman sambil senyum.
Aku senyum balik. Beberapa minit aku dan uncle Herman berbual tiba-tiba pembantu dari dapur itu membawa dua cawan ke arah kami. Pembantu itu kemudiannya meletakkan cawan itu di meja yang telah disediakan.
YOU ARE READING
Sepupuku Bodyguardku
Teen FictionKisah seorang remaja perempuan yang di kacau oleh seorang lelaki yang bernama Tom yang usianya 40-an. Tom ingin membalas dendam terhadap Amelia. Amelia ingin mencari jawapan untuk masa lalunya dengan memberanikan dirinya untuk berdepan dengan Tom. ...